Friday 19 April 2024

Ingatan Teman Lama

Malam yang hening..

Seketika teringat akan teman lama. Kenalan yang terputus hubungan...

Tidak tahu jika harus aku tinggalkan sedikit nota tanda ingatan..  atau hanya melepaskan pandangan mata pada searching...

Tiada maksud apa-apa, sekadar hanya bertegur sapa. Aku hanya berharap tiada permusuhan sebelum ini yang tidak selesai...

Bahagia dengan cara masing-masing, menghargai kenalan yang hadir dalam kehidupan ini, dan mengekalkan sisi kenalan dalam perhubungan sesama...

photograph***

Photograph
Lagu oleh Ed Sheeran

Wednesday 18 September 2019

Berpantang : Sabun Tanamera

Assalammualaikum...

Hi, 1st posting untuk year 2019. :-)

Selama mane daku menghilang, selame itu jugak lah ku tak mampu meluang masa berlebihan depan pc. Cukup cukup saja masa menghadap pc tu di office. Ini adalah akibatnya pembawakkan budak ek. Mengah bawa perut ke sana sini, balik rumah rehat and tidur je mampu tau. Yang lain semua mampu pendam je 😅 ..

Alhamdulillah, dah keluar dah seketul baru2 nie. 👧
Rezeki setelah 3 tahun tunggu.

Ok. Posting kali nie, kakak nak buat review berkenaan sabun daripada jenama Tanamera. Tanamera vs spa vs organic vs alam semulajadi. Itu tagline kakak buat brand nie. Mula-mula tu, kakak nak la ambil set berpantang jenama nie, tapi sebab lebih advantage ambil set NR, maka kakak pilih NR. Korang jangan fikir Tanamera tak bagus plak, Tanamera nie bagus juga untuk berpantang sebab banyak je review daripada mummy mummy kat luar tu yang bagi komen positif. Tapi untuk kakak, kakak ambil set NR sebab ade minuman herba tu. Actually, senang kakak stanby terus in case kalau kakak sembelit. Hihi..

Tanamera, ape membuatkan kakak tertarik dgn Tanamera nie ialah sabun nie. Bila kakak google info, banyak feedback positive penggunaan sabun ni. Kakak tak de la google satu per satu review. Tapi kakak selalu usha komen komen orang dekat fb. Lagi lagi masa mengandung, kakak banyak spend masa kat group pregnancy. Beberapa orang juga komen sabun nie bagus. Kakak pun ape lagi terus order tau. Thru Shoppe. Tak sabo nak cepat barang sangatkan.

Ini lah sabun yang kakak maksudkan tu, Brown Soap! Dorang ade beberapa jenis sabun tau. Cuma banyak feedback sabun buku ni, jadi kakak beli yang nie je. Kalau nak tengok variety sabun dorg, korang boleh google dekat website/ig dorg k. Kakak review produk yang kakak guna je, tak mau tambah tambah gula lah! 👀

Nota : Seketul Sabun siap packaging. Cantik pembungkusan dorg buat. Nature gitew. Maklumla kakak pencinta kraf and semulajadi. Sentimental value tu lebih. 💖

Nota : Rupa lipatan sabun & sabun. Korang tengok tu, ade biji2 yang sangat sesuai fungsinya untuk scrub your skin

Nota : Info belakang packaging


Result :

Untuk makluman, kakak menggunakan sabun ni sebab kakak nak kulit dan daki-daki semasa mengandung tu dapat hilang dengan jayanya sepanjang tempoh berpantang. Siapa mengandung, die faham la macam mane keadaan kulit badan tu. Terutamanya celah peha, perot, pelipat, siku, leher....haiyaaaa! Tak suke, tak suke n tak suke tengok. :-(

Daripada keluar hospital, setiap hari, pagi petang dok menyntal badan guna sabun nie. Result dalam 15 hari penggunaan, and yeeaayyy! Hilang dah yang hitam-hitam macam daki tu. Kat leher, kat pelipat, kt siku, kat perut.. keke 😝😝😝😝😝😝.. kulit pun bersih je. Semangat tengok skin. Puashati kite wak! Jadinya, kakak recommend awak awak beli sabun ni ye. 

Sebenarnya set berpantang kakak, kakak tak fix satu jenama sahaja. Ade jenama Sari ayu, ade Tanamera, ade set NR, ade lotion panas daripada Blessed Beauty, ade lotion panas Mustajab. Those barang nie semua kakak pick up daripada komen/review mummy mummy dalam Kelab Mengandung & Berpantang Malaysia. Credit kat diorang sebab sangat sangat membantu.

Okay. Nanti kite sambung borak lagi k. 

P/s : Sejak ade anak nie, nak review and buat ayat pun blur blur. Dah lame tak mengelamun la nie. 😖 aarrrgghhhh !

xoxo


Friday 5 January 2018

NH Nutri Grains

Bertemu untuk permulaan tahun 2018 !

Hai ! Hai ! Hai!

Hope semuanya okay dan dalam keadaan sihat semuanya. Saya Sihat ! hikhik..
Ok, posting today adalah berkenaan dengan sejenis minuman malt terbaru dalam pasaran.

NH Nutri Grains, pernah tengok tak? 1st mase nampak produk ni kat Watson. Sebenarnya sy lebih berhajat pada produk "Lady Pink", kalau korang perasan ada jual kat Watson, Guardian, and also dekat farmasi pun ade. Sila tengok contoh gambar kat bawah :

Sumber gambar : Google option! Milik Amane Chong. I use your pic here. Sorry.

Daripada sumber research mengatakan...., ok fine! sy tipu je. We call it review from others blogger, minuman ni sesuai untuk ladies yang pentingkan kesihatan. All about Multi-grain product ok. Cuma yang membezakan ingredient yang digunakan. Lebih menjurus untuk perempuan. Senang cerita, apa yang membuatkan sy tertarik dengan produk ni ialah KECANTIKKAN..hehe.. Biasela perempuan kan? Everything yang concern Healthy and Being Pretty, die highlight terus dalam kepala. Ada reviewer consume buat kulit nampak pink-pinki and look radiant! Itulah yang makcik dok perhati je produk ni kat market. Tapi kesudahnya tidak jugak beli. Sebab ape? Sebabnya, makcik ni kalau bende berkaitan 3 in 1 agak slow penggunaannya, tau2 je nak yang jenis siap terhidang dan terus minum.  Ingat ko ade orang gaji ke nak berangan sebegitu rupa?.. huhu.. Jadinya, kesudahlah tak beli produk ni.

Berbalik kepada tujuan asal, NH Nutri Grains by Herbalceutical Pharma (Malaysia) Sdn Bhd. Masa tu tengah beli barang kat Watson, ada la 2 orang cashier telah berjaya menghasut sy untuk membeli produk ni. Mase tu ada la promotion. So, sy ter Beli la. After 2 weeks tersadai kt dapur, and mase tu, lapar sangat (tgh malam), decided untuk belasah je minuman ni. Sy beli yang sachet sbb mase tu fikir nak try dlu kan. 1 box (16 sachet x 25g).

So, dpd hasil experimen, kesimpulan yang boleh dibuat ialah :-
1) Tawar. Minuman malt ni memang tawar ye.. sebab die no added sugar. Bagus untuk kesihatan and untuk mereka yang azam nak kurus tu, dengan amal benda yang berkhasiat mcmni. Jangan pula korang tambah gula, kang menyesal bucu katil nape berat tak turun- turun walaupun makan Nutri Grain ni dekat sebolan! 
2) Warna minuman nie purple cair, soft and light je.
3) Bila minum korang akan rasa macam makan makanan yang diblend. Macam nestum yg dibuat pekat..hehe.. Oh ye, bancuhan untuk 1 sachet = 200ml (can serve hot or cool).
4) Khasiat : Ada 20 jenis bijirin dan ramuan asasnya utama ialah Keledek Ungu, dan terdapat juga campuran beras perang. Kalau nak tahu khasiat keledek ungu ni, boleh google. Banyak khasiatnya tau! Sy selalu beli keledek ungu ni kat pasar dan rebus, kenyang !

Itu je point die :) Totally, sy suka minuman bijirin ni. Ringkas, mudah dan berkhasiat. Tak perlu susah nak makan bijirin, dan kekacang tu satu persatu. All combine in one shoot of cup than settle. Untuk mereka yang sedang berusaha untuk kuruskan badan, this one is good for you !





Bagi sy, sy terus consume Nutri Grain sebagai menu diet sy! Sedap juga kalau dicampur dengan oat, kenyang. Replace meal untuk breakfast dan supper :)

Korang jangan lupe try!

Bye!

Friday 18 August 2017

Kepada Kenalan Ku Di Sana


Ye kamu...
Dimanakah dirimu teman
Apakah yang sedang kamu buat
Apakah yang sedang kamu jalani
Apakah yang sedang kamu lalui kini

Dulu...
Perkenalan ku pernah disambut oleh kamu
Menjadi kawan yang akrab
Bergurau bercanda terhiris
Namun masih terukir

Dan seketika...
Pintu persahabatan dibuka semula
Terima kasih atas kesudian
Meneman sekeping hati yang lelah
Sentiasa ada disitu menemani

Waktu itu...
Sungguh aku tidak tahu mengapa
Perginya sekali lagi sebuah ikatan
Secara tiba-tiba bagai direntap
Cuma kerana perhubungan lain

Semasa itu...
Titip kehidupan diteruskan
Walau dalam siratan ada persoalan
Walaupun jawapan yang mungkin menjengkelkan
Namun kata hati terpaksa didustakan

Seketika cuma...
Memerhati dari jauh atas kamu
Mendoakan yang terbaik untuk setiap sudut mu
Mengharapkan lambaian sahabat yang pernah pergi
Harapan yang sentiasa tiada penjawapan

Dan kini...
Memori mengamit kembali
Nilai sebuah ikatan persahabatan
Perginya tiada pengganti
Namun hati terpaksa merestui

Nota Pesan :
Kepada kenalan ini, jagalah diri kamu sebaiknya. Mungkin aku khilaf, dan mungkin jua aku tidak mengerti apa yang berlaku. Sungguh aku masih tidak fahami apa yang sedang berlaku...
Meninggalkan aku, sendiri dengan tanda tanya..
Doa sentiasa ada buat kamu. Insyaallah.

"photograph by ed sheeren" is you !

:-(



Tuesday 17 January 2017

Pertama kali cabut gigi : Part 2

Sambung kepada Part 1 : Pengalaman pertama kali cabut gigi

Lama kan sambungan baru nak ada. Kalau gigi tu boleh tumbuh balik, memang sedang cantik la mekar dalam mulut ni. hihi :P

Okay, terus kepada story. Korang boleh refer cerita part 1 kat sini ---->http://asylook.blogspot.my/2015/04/pertama-kali-cabut-gigi.html

Sebenarnya nak cerita macam kelakar plak. Iyelah kan, punyalah aku kutuk doktor yang cabut gigi tinggalkan serpihan tunggul padahal ceritanya lain jauh terpesong. Itulah orang tak ade ilmu, cakap ikut suke je. "Macam aku la tu kan, typical Malay!". Terus cop doktor buat kerja tak ok. Urgghhh!

Pagi tu, gigih pergi balik ke Klinik Pergigian Cahaya Suria.

Kejadian di kaunter :

Aku : Saya nak refer balik buat rawatan cabut gigi minggu lepas. Sebab saya rasa macam ada tunggul tertinggal. Sakit tak baik- baik dan saya rasa tak selesa.
Nurse Kaunter : 1st time ke buat treatment?
Aku : Huh? Tak. Ini kali kedua.
Nurse Kaunter : Dah tu, tak reti nak buat ape?
Aku : "A eh! Pale hotak lah. Tak memasal kena ayat camtu. Aku ni ada budi bahasa kot pergi umah orang. Kang aku minta 1st class treatment kang!" dalam hatiku berkata. Giler kau nak cakap depan-depan camtu, kene sumpah plak nanti.
Aku : Habis tu saya nak buat ape?
Nurse Kaunter : Drop la ic ke pas kerja ke.
Aku : Owh...Nah.
Nurse Kaunter : Itu pun nak kene bagitahu ke kalau dah pernah datang.
Aku : Itula kan kak, kalau umah saya tak ape la, saya buat. Ini rumah orang. Kang tak pepasal orang kate "datang umah orang, jangan nak memandai", tak pun akak mungkin cakap cmni "A a eh! kerek betul budak ni, main letak je terus ic die. Tahu la kita panggil nanti"....
Nurse Kaunter : shhhhyy...krik krik... (haaa..tu terdiam la tuh)

10 Minit Kemudian...

Masuk jumpa doktor..

Aku : Doktor, minggu lepas saya ada datang cabut gigi kat sini. Tapi kat bilik sebelah la. Tapi sampai sekarang saya rasa sakit lg. Kenapa ye?
Doktor : Sakit macamane yang awak rasa?
Aku : Sakit macam sakit gigi and saya ada la korek lubang gigi cabut tu. Mula- mula keluar serpihan, lepas tu saya rasa macam ada tunggul tertinggal lah.
Doktor : Yeke? Mustahil ni ada tunggul gigi tertinggal. Tak pe, awak baring, saya cek dulu.
Aku : Sambil baring.. (dalam hati "nasib ok doktor ni")
Doktor : (buat check up)... Bekas lubang gigi yang kene cabut ni dijangkiti kuman sebenanrnya, bukan ada tunggul tertinggal.
Aku : Tapi nape saya rase macam ada gigi lagi? saya usik tu terasa keras tengah- tengah lubang tu?
Doktor : Itu normal, gigi kita pun ada batas. itu la yang awak rase keras tu. Macamni la, saya kene cuci lubang gigi ni dan bagi antibiotik. Proses dia agak sama seperti nak cabut gigi. Saya akan bagi bius, awak tunggu sekejap, lepas tu saya akan panggil balik untuk cuci pulak.
Aku : (dalam kehairannan jawapan bukan tunggul tu, doktor nak bius balik gigi..huhu. Blur la makkkk! Kene bius balik, HadoiI!!!)

Sungguh la doktor bius macam kita nak cabut gigi tu..

Lepas 5-10 minit...

Doktor : Ok..baring
Aku : Aku akur la ape lagi.. Dari sisi tepi aku tengok doktor tengah pakai helmet kecik. Actually bukanla helmet. Tapi korang bayangkan bende tu macam helmet budak- budak. Siap ada visor! Ape teruk sangat ke proses pencucian kuman kat gigi nieh? huhu..ngerik beb! Doktor pesan kalau sakit bagitahu. Aku rasela die godeh dengan korek- korek, sebijik macam nak cabut tu. huhu.. Sambil die buat tu, aku kene pegang penyedut air tu sendiri. Tak ade assistant nak tolong pegang. Banyak plak air darah kene sedut. Korang janganla bayangkan. nanti aje takut nak cabut gigi.. kan?
Doktor : Ok siap!
Aku : Dah ke doktor?
Doktor : Dah! Saya dah cuci kawasan yang terkena jangkitan. Dan sembur antibiotik. Nanti akan rasa sakit bila ubat kebas dah hilang.Samela macam lepas cabut gigi. Jangan usik tempat cabut tu, nanti kena jangkitan lagi. Jangan lupa makan pil antibiotik smpai habis ye.
Aku : Okay doktor, terima kasih. Saya tak tahu, patutla bengkak tak baik- baik.
Doktor : Sama- sama.

Moral of the story : Jangan memandai kata orang. haha.. padahal salah sendiri yang usik kawasan merah. :P

Teladan daripada proses cabut gigi pertama kali --->
1) Janganla korang takut. Kalau takut, aku suggest pergi tempat suggestion member- member korang pernah pergi. Yelah, at least korang dah ada info and persediaan kan? Klinik Pergigian Cahaya Suria ni aku bagi 5 bintang. Cepat dan doktor yang friendly, kecuali nurse kaunter tu.
2) Masa hendak menghadap doktor, tenangkan diri dan jangan takut. Kang payah nak suntik ubat kebas,
3) Seriously, part cabut gigi paling sakit ialah masa jarum bius disuntik! First tu, aku rasa kena gigit semut api. Yang kali kedua masa cuci tu, rase double dpd yang 1st. huhu.. Tapi jangan risau. Sakit tu sekelip mata aje.
4) Jangan pelik kalau rasa pipi korang macam tak ade fungsi lepas kene ubat bius.
5) Doktor sedaya upaya memerah tenaga nak keluarkan gigi korang, tapi korang tak rasa apa-apa. Dok la ikut gerakan tangan doktor tu. Kepala kekadang bergoyang sedikit. Biasanya ada nurse tolong pegang kepala korang daripada ikut gerakan kungfu doktor tu. *_^
6) Doktor yang baik lagi sejati akan tunjuk mangsa tujahan die pada korang. Iaitu gigi korang yang mati tu.
7) Lepas cabut and korang dah balik, Tak rase pape pun kan? MAsa tu la rasa kedai jual air batu tepi bucu longkang pun korang rase boleh minum..haha.. Tapi percayalah, niat korang tu jangan diturutkan. Korang akan merana untuk beberapa malam. Doktor pesan jangan makan panas- panas dan pedas- pedas. Ambil makanan yang lembut sahaja seperti bubur, roti cicah air milo (make sure korang tiup sebelum masuk mulut. Kang tak cakap nanti, korang celup roti kat milo suam, tak pun dalam air suam. Haru nanti). Nasi boleh makan tapi pepandai la korang mengunyah macamane ye. Kalau gigi geraham, aku cadangkan biar puasa. Aku tak makan, sebab tak selesa.
8) Kebiasaanya lepas 1 jam cabut gigi akan rasa denyut sakit. Kesan ubat bius tu kan dah hilang. So, aku makan panadol terus 2 biji selepas 1 jam cabut dan terus tido. Ngeri rase sakit tu. Nanti boleh rase menyesal cabut gigi.
9) Kalau berdarah, korang cuba la kemam (gigit) kapas yang doktor bagi sekuat korang mampu bagi cepat darah berhenti. Doktor tak akan bagi banyak kapas tu, jadi stanby sendiri la kapas sendiri. Aku gune tuala je. hehe :O

Okaylah, itu je sekian cerita. Panjang plak tu...Nasibla. Kalau cerita part sakit gigi nie, if pakwe datang  bawa bunga naik ferrari pun korang rase meluat. Itu aku la, if korang, aku tak tahu la macamne. :)

Story korang pulak macam mana?



Thursday 7 July 2016

Hari Raya Sebagai Penolong Pegawai Penyediaan Makanan

06.07.2016, Rabu
Tempat : Dapur Pediatrik, Hospital.

Hari Raya Kami !

Alhamdulillah, tahun ini saya dapat beraya lagi. Bertemu jua kasih disyawal yang mulia tahun ini. Lagi menggembirakan, sambutan raya kali ini bersama suami tercinta. Maklumla, kami suami isteri bekerja dalam satu bidang yang sama. Kena turn plak kami tidak beraya. Sebagai orang dipertanggungjawabkan, saya menggantikan pegawai sepatutnya bertugas pada hari raya. It's okay la sebab suami pun tak beraya sekali.

Saya nak bagitahu, jika niat adik- adik nak kerja profession sebagai Penolong Pegawai Penyediaan Makanan, kena tahu satu perkara. "RAYA IT'S NOT YOUR PRIORITY". Memang akan ada tak dapat beraya bersama family. Tak kira la hospital kecil ke atau hospital besar macam tempat saya kerja ni. Ramai antara calon yang memilih jawatan dan dunia pekerjaan ini tidak mengetahui mereka perlu berada sentiasa jika diperlukan. Even pegawai mahupun tukang masak ye. Jangan nanti, bila dipanggil masuk bekerja barula meyebut "HAaalaa, tak dapat cuti raya!", "Kerje macam ini ke", "Alaa..ingatkan kerja pejabat" dan memacam tanggapan daripada sebuah suratan timbul. Time tu jangan nak menyesal. Nasihat saya, anda kenala kebalkan hati untuk beraya 2 tahun sekali je ye. Yang dah kawin macam saya ni, pepandai la atur nak balik raya macamana ye. Kang aje kena raya umah mak mertua dan mak sendiri 4 tahun sekali. Glurp! Kalau korang sebagai pegawai atas, god bless you la sebab bertuah terkecuali.

Okay, kita cerita pasal raya 2016 kali ni. Kebanyakkan orang ingat jawatan dan peranan anda tak penting. Lagi- lagi bila yang dipapar pada televisyen, radio, paper, banyak mention kepada perantauan dan yang bekerja dalam sektor- sektor kritikal seperti doktor, student, nurse, pembaca berita.. huhu. sedih! Walhal, korang punya peranan lagi besar kot! Pesakit nak makan apa kalau dapur hospital tutup? Baru gas tak dapat supply kat dapur sejam dua pun dh huru hara keadaan, inikan pula sehari tutup. McD, KFC pun kalah dalam kes macamni. Jawatan tukang masak KKM dan Penyediaan makanan nie penting, sama macam doktor dan nurse kat wad tu tau. Tapi janganla sedih kalau orang luar tak nampak korang. Itu adat. Sebab pada dorg, mereka ingat korang keje kantin hospital.. CHoiii!
Eh, awak keje hospital ke? Keje nurse ke? Doktor ke?.. Er..tak! Saya keje bahagian makanan pesakit. Paling tak pun orang menjawab dengan slumber "Owhh..kantin ea..". So, memang tak heranla. Saya selalu kena bila orang akan anggap saya kerja tukang masak kantin. Kekadang malas saya nak terangkan, saya anggukkan je, Tapi kira bagus begitu kan, orang akan fikir kita orang biasa- biasa je. Keje low profile, pakai biasa- biasa. Paling best, ala, keja kantin je dia ni. Advantage : Dapat elak daripada orang yang suka bodek.

Ini gambar raya kami. Kebetulan, raya kali ni hanya kami bertiga anak muda yang beraya bersama makcik- makcik yang lain. Jadi, selama seminggu ni, anak- anak yang lain menderhaka sekejap. haha.
Biasanya kami buat pot luck je sebagai sambutan raya kami. Memasing bawa bekal rendang daripada rumah. Kak sally sampai menangis sambil makan rendang tau bile teringat anaknye. Jangan nagis lah, kene la kebal barula tukang masak!









Ini sahaja daripada saya, raya anda pula macamana?



Next Post!

Tuesday 26 May 2015

Kepada Kamu Julia

Aku tahu kamu melihat ku dari jauh,
Warkah ini aku tujukan untuk mu.

Hari ini engkau gembira menyambut hari bahagiamu,
Dan hari ini juga mungkin engkau sedang tertawakanku,
Dan hari ini juga engkau sedang bangga apa yang bakal engkau miliki,

Namun, disebalik gembiramu, ramai yang berduka,
Demi menjaga akan hormatmu dan ibu mu,
Dia yang engkau tunggukan itu,
Sedang menangis dalam gembiramu,
Hatinya meruntun sayu dalam kegembiraan yang engkau mahukan,
Dirinya sedih dalan lakonan yang dia terpaksa lakukan demi kamu,

Julia,
Andai engkau tahu, banyak hati yang telah engkau hancurkan,
Andai engkau tahu, banyak airmate sedang menitik kerna engkau,
Dan andai engkau tahu, hari bahagia yang engkau mahukan telah memisahkan dan mengecilkan hati kedua org tuanya disana,
Sekiranya engkau tahu, memang benar mereka tidak merestukan.

Julia,
Andai engkau tahu apa yang berlaku ini hanya lakonan bagi menutupi segala kesalahan yang telah dia lakukan kepadamu dan keluargamu,
Andai engkau tahu dia tersepit antara ego mu dan pilihan org tuanya,
Seandainya engkau tahu, engkau telah mendukakan banyak pihak dengan sikap tamakmu itu,
Dan andai engkau tahu, hari bersejarah buat engkau adalah hari yang paling sugul buat aku, dia dan seluruh kerabat kami,
Teman2 merelakan walaupun terpaksa,
Dan engkau takkan tahu betapa kami disini kesedihan menerima kedatanganmu dalam kalangan kami,

Sesungguhnya semua yang berlaku ini adalah satu takdir yang dikehendaki,
Yang sukar mengerti oleh kamu,
Yang mendukakan banyak pihak,
Demi untuk kamu dan nama ibu sahaja,
Andai engkau membaca ini,
Tolongla hargai pengorbanan yang telah dia lakukan,
Walaupun dirinya disisih oleh ramai pihak termasuk keluarganya..

Andai ihsan dirimu ada dalam hatimu..

*Dan andai engkau tahu, engkau adalah yang kedua selepas siti.
* Dan andai engkau tahu, dia yang kau puja telah bersama yang lain sebelum mu



Ingatan Teman Lama

Malam yang hening.. Seketika teringat akan teman lama. Kenalan yang terputus hubungan... Tidak tahu jika harus aku tinggalkan sedikit nota t...