Friday, 18 August 2017

Kepada Kenalan Ku Di Sana


Ye kamu...
Dimanakah dirimu teman
Apakah yang sedang kamu buat
Apakah yang sedang kamu jalani
Apakah yang sedang kamu lalui kini

Dulu...
Perkenalan ku pernah disambut oleh kamu
Menjadi kawan yang akrab
Bergurau bercanda terhiris
Namun masih terukir

Dan seketika...
Pintu persahabatan dibuka semula
Terima kasih atas kesudian
Meneman sekeping hati yang lelah
Sentiasa ada disitu menemani

Waktu itu...
Sungguh aku tidak tahu mengapa
Perginya sekali lagi sebuah ikatan
Secara tiba-tiba bagai direntap
Cuma kerana perhubungan lain

Semasa itu...
Titip kehidupan diteruskan
Walau dalam siratan ada persoalan
Walaupun jawapan yang mungkin menjengkelkan
Namun kata hati terpaksa didustakan

Seketika cuma...
Memerhati dari jauh atas kamu
Mendoakan yang terbaik untuk setiap sudut mu
Mengharapkan lambaian sahabat yang pernah pergi
Harapan yang sentiasa tiada penjawapan

Dan kini...
Memori mengamit kembali
Nilai sebuah ikatan persahabatan
Perginya tiada pengganti
Namun hati terpaksa merestui

Nota Pesan :
Kepada kenalan ini, jagalah diri kamu sebaiknya. Mungkin aku khilaf, dan mungkin jua aku tidak mengerti apa yang berlaku. Sungguh aku masih tidak fahami apa yang sedang berlaku...
Meninggalkan aku, sendiri dengan tanda tanya..
Doa sentiasa ada buat kamu. Insyaallah.

"photograph by ed sheeren" is you !

:-(



No comments:

Post a Comment

Ingatan Teman Lama

Malam yang hening.. Seketika teringat akan teman lama. Kenalan yang terputus hubungan... Tidak tahu jika harus aku tinggalkan sedikit nota t...