Saturday, 31 August 2013

Kebahagian Yang Sementara


Hari ini, bangun pagi tenang
Suasana nyaman
Hatiku redup
Dasar aku sunyi

Aku bongkah
Pergi mencari cinta yang hilang
Aku kaku
Tidak dipedulikan

Kenyataan bagai sukar diterima
Lari jauh dari hakikat
Aku rapuh
Tidak terdaya menahan

Berhenti seketika
Melihat akan hakikat diri
Terasa ingin mengakhirinya
Tak mahu aku laluinya lagi

Pergi jauh
Tapi ke mana
Balik ke sangkar
Dengan membawa duka lara

Satu penyelesaian dipinta
Gaduh dan bersengketa
Tidak tahu ape puncanya
Samar juga pada kebenaran yang sebenarnya

Aku lembutkan hati
Terima kerna aku tahu diriku
Malam yang indah dilalui
Sekali lagi tercipta kenangan

Tiba saja terlena dari buaian
Bermula semula episod kehilangan
Aku harus pasrah
Sedang dia bersama yang lain

Begini sebenarnya harus diterima
Realiti kehilangan
Terasa perit
Sakit amat dalam

Ya Allah bantui aku
Aku lemah
Hadirkan aku pemilik yang sejati
Agar aku tidak tersakiti lagi


#Tabahkan Hatiku ~

Tuesday, 20 August 2013

Persoalan Kenapa



"Kenapa perlu cantik?
Biar saja asal asli"

"Kenapa perlu jenama?
Biar saja asal boleh pakai"

"Kenapa degil juga kamu memboros?
Biar saja asal kamu tahu kamu kesempitan"

"Kenapa perlu hiporkrit?
Biar saja asal dirimu itu sebenarnya"

"Kenapa perlu hati manusia?
Biar saja asal kamu memang peroleh lagi Agong"

"Kenapa perlu bersedih?
Biar saja asal kamu bukan selamanya sendirian"

"Kenapa kamu kata tidak?
Biar saja asal kamu tahu sememangnya kamu boleh"

"Kenapa kamu kesah?
Biar saja asal kamu tidak merasa menyusahkan"

"Kenapa perlu menangguhkan?
Biar saja asal kamu tahu perlu buat juga akhirnya"

"Kenapa kamu angkuh?
Biar saja asal kamu tahu angkuh mu hanya sementara aja"

"Kenapa kamu berpaling?
Biar saja asal kamu tahu Dia hanya yang satu"

"Kenapa perlu dipersoal takdir mu?
Biar saja asal kamu tahu ia memang ketetapan Esa"

"Kenapa aku menaip ini?
Biar saja asalkan apa yang terlintas diluahkan!"

:) :)

Situasi:
Petang, hening, sejuk aircond, office, bersama mereka, kawan.

Sekian

Saturday, 17 August 2013

MUAR : Zin Satay House!

Ini kali pertama jejak kaki restoran ni. Dekat lebuhraya Amj, trafik light simpat 4. Kiri menghala ke yong peng dan sebelah kanan menghala ke bandar muar. Yang pasti, de masjid baru warna biru as a landmark.

Sedap dan boleh consider as a boleh tahan. Akan tetapi, nipis sikit. Jadi kalau terlebih bakar jadi keras. Rasa dah ngam sebagai ciri- ciri satay famous muar. Kuah kacangnya amat bagus dari segi tekstur sebab menggunakan kacang yang kasar- kasar. Tapi harap maaf, anda mungkin patah semangat dengan kualiti kuah kacangnya. Aduh! Cair la plak. Asal celup satay je, yang tersalut pada satay tu hanyalah kuah cair. Kacang- kacang tu tak done nak bertakhta pada daging! Huhu..

But, nice try if you want!

Peace!!!




Erk!! Aduh! Silap sudah...

Hello, assalammualaikum. Boleh bercakap dengan cik yati?

Me: 'glurppp' aduh, muncul plak die '-'

Ye saya,

Maaflah tak dapat nak angkat call awk dan balas mesej awk. Saya betul- betul minta maaf. Ceritanya begini, bla bla bla..

Okay okay, terpulangla nak buat apa- apa pun. Itu hak awak. Saya malas la nak amik tahu. Nak tipon, tipon la. Tak nak sudah.

Aku senyap. Dalam hati 'ish, baru je aritu berfeeling sedih, hari ni dia muncul plak'. Dan sambung lagi berkata 'oo, kalau dia boleh plak dah berlaku kemudian cakap tak pe. Kalau aku, sure dah kena peluru tak de mate. Huh! Bisik dalam ku dengan angkuh. Kononnya simbolik kepada marah.

1 je sy nak, petang nanti jumpa sebab nak bagi barang. Tu je. Tak payah bagi pape keterangan. Sy tak kuase nak dengar.

Petang,

Nah, amik ni, nanti jangan lupe makan. Pastu jangan lupe pulang balik bekas. Nanti mak saya bising plak.

Awk ni kenape? Mengelabah je. Mesti ade sesuatu ni.

Erm, mane ade! Sy okay je. (aiceh!, tapi dalam hati nak nanges tu, hati tu nak je mengadu kene tinggal aritu tanpa ape- ape berita. '-'. Hikhik #_#)

Sesi luahan hati sebentar dua mentar.
Maaf ler privacy, baik kita kongsi, buruk kasi tutup rapat- rapat. Peace!! ^,^


Lepas tu, balik memasing nages.

Dan malam tu, luahan perasaan melalui mesej sampai kesudah esoknya aku bangun lambat!

@_@ homegotttt!!!

Mate bengkak nages @_@


Moral: walaupun dah niat untuk berubah, mesti berubah jugak. Jangan sebab kemunculan semula boleh mengugat pegangan kita.

Oh, sekian. Akhirnya dia muncul jugak.

Tuesday, 13 August 2013

Akhirnya ku relakan

Assalammualaikum, ye. Nape awak call tadi?

Sibuk sangat ke sampai nak angkat tipon?!!
Sampai sekarang baru nak tipon?!!
"lantas dengan kasar die menjawap panggilan"

Aku.. 'maaflah tgh leka kat dapur sb.. Tut tut tut...hello hello... ' talian sudah dimatikan

Senyap, sunyi, sayu dan sedih..

Dalam hati berkata 'tak mengapalah, mungkin ini caranya dan mungkin ini penyudahnya'

Sebelum balik,
uish, byk plak makanan dibekal. Nak bagi sape ni? Pikir pikir tak lepas. Ermm, biala tak payah bawa. Tapi makanan, bawa jela.

Ambil phone dengan tabah hati menaip 'saya tunggu awak untuk hantar barang, dalam jam 11 saya sampai, tunggu kat depan ye'

Dengan hemah membawa kereta,
Ish, tak balas pun. Type new message, 'boleh tak nak jumpe? At least dapat jumpe sekejap pun jadi la, maafla lewat sebab saya daripada muar ni'


Di RnR Dengkil
NgantukNya ya Allah, lagi sikit nak sampai tapi mesej masih tak dibalas ni

'voicemail, voicemail and voicemail'

Type message : 'Sekurang2nya dapat jumpa sekejap untuk bagi apa yang saya bawa, tu je. Mungkin yang terakhir daripada saya'

Signbord, bandar saujana putra, I have to choose this way finally.

Turun kereta, ermm, bawa naik jela barang- barang ni. Nasibla rezeki sape.

Dikeheningan malam, dalam lubuk hati "berharap sangat dapat bagi die biskut kacang ni.." Mak abah mesti tanya nanti. Mana tahu kan kalau ini kuih yang dimaksudkan daripada arwah ibunya. Pejam mata, tatkala hati merasakan banyak rasa.

Kesudahan : biarlah dia mahu menghilang ke mana pun dia mahu, aku sudah tidak mampu lagi memikul, biarlah dirimu mencari kesempurnaan yang engkau mahukan. Aku memang tidak sempurna bagi kau, setiap inci ada sahaja salah ku dimatamu.

'VOicemail lagi.. Mungkin dia sudah punya talian baru yang lagi menyenangkan. Pejam mata, mengeluh sedikit, teruskan jalan.

Demi kebaikan masa depan, harus tabah dan redha dengan semua ini.


Allah..

Ingatan Teman Lama

Malam yang hening.. Seketika teringat akan teman lama. Kenalan yang terputus hubungan... Tidak tahu jika harus aku tinggalkan sedikit nota t...