- Hasil titik peluh saya.
- Hasil kerja tangan saya.
- Kecintaan saya dan minat saya terhadap kerja-kerja seni.
- Ilham dan titik mula tertubuhnya Grantish MindCraft selepas gatal tangan buat dairi book untuk kegunaan sendiri.
- Mula post dairi itu, terus dapat tempahan daripada bakal pengantin yg comel molek Cik Azwa. Directly request A3 size. Masa tu dengan yakin dan mahukan deligasi ini berkembang, i just said "yes! i can do it for you!" but in mind "A3 tu besar la. Macamana nak buat? ...-__-
- Than, keesokkan harinya, after beli barang. Malam, dok kerjakan guestbook ni. Sampai satu saat!... "Hish, lebih cost nieh!???##_$4*.... Tapi niat dalam hati.. "Jika ini dikatakan pengorbanan, aku harus pejam mata dan teruskan".. Alhamdullilah, berjaya! Nah Cik Azwa.. Die cakap cantik sangat-sangat dan ucap terima kasih banyak kali. Aku? I am happy babe!.. This is what we call value!..satisfy sangat.
- Than order from sepupu aku, Puan Abby, owner Aifa Car Wash, Batu Beredam Melaka. Thanks ya sepupu.
- Lepas 3 minggu, Cik Azwa datang balik. "Kak, boleh buatkan korsaj x?" .. Dalam hati..'Ape bende korsaj nieh? Siap google apekah itu. Owh! Korsaj ialah bunga atau perhiasaan yang dipakai oleh ahli keluarga/kendarat yang membantu pada majlis kita itu nanti. Hurm, baru tahu.. Alaa, kalau aku panggil 'bunga yang letak duit kat bahu je'...hihi.
- Walaupun tak pernah buat, tetapi aku tetap cakap lagi sekali "Yes, Sis boleh buatkan!". Erk, macam biaselah, masalah costing. explained kat Azwa, than she faham. Dia tetap place order jugak sebab katanya hasil kerja tangan saya cukup menarik bagi dia.
- Itu serba sikit kisahnya. Dan sehingga sekarang, makin meningkat like di facebook dan alhamdulillah, order pun makin masyuk.
- Harapan : Dapat kembangkan lagi perniagaan ni. Insyallah, aku akan dapat jadi pengeluar doorgift terbaik di Malaysia. AMinn..!
- Trademark : Jangan mudah mengalah.
- Halangan : Desakan ekonomi negara yang makin terdesak dengan kenaikan taraf hidup membuatkan diriku meronta untuk merubah pendapatan keluarga dan keluar ke tahap zon selesa. Jika bukan keselesaan itu hadir melalui sekeping kertas daripada U, tapi mungkin ia datang daripada akal dan tenaga yang diberikan oleh ALLAH. Apa-apa pun, berdoa dan pinta pada ALLAH. Dia penentu segalanya.
- SEMOGA KU BERJAYA DAN IMPIAN DAPAT DIREALISASIKAN.
- Amin =)
- Terima kasih jugak kepada Keluarga, sedara-mara, dan kawan-kawan. =)
Banner Asal
Banner atas ikhsan Encik AmirBuzy, Suami Officemate saya. Terima kasih banyak-banyak
Seterusnya, perkongsian produk hasil kerja tangan saya =)
Bubye.. Love with Love ^_^


No comments:
Post a Comment