Wednesday, 20 November 2013

Interview C27 Penolong Pegawai Penyediaan Makanan

Lame kan penulis tak update? Sibuk dan batasan waktu tu selalu je terbatas. Hihi. Pada 10-9-2013, detik tu, jam 10am. Aku telah menghadiri temuduga gred ni dan jawatan ni. Sebenarnye, masuk ni, kali ke 3 pergi menghadapi temuduga jawatan ni. Sebelum ni tak lepas mungkin sebab aku tak cukup berpengalaman.

Ok, lg 5 orang turn aku plak. Zikir dan selamat berulang- ulang dah aku bace. Dup dap dup dap! Huh! Sesekali tu ulang bace note- note yang aku bawa daripada umah. Biase soalan mesti berkisar pasal pengurusan bahan masakan kt dapur. Contoh macam cara penyimpanan barang makanan, sejuk, kering, basah, lembab. Suhu- suhu yang tentang makanan, kebersihan and macam- macam lg. Tapi most of the soalan lebih banyak pada istilah- istilah emputih dalam pemakanan ni. As example, HACCP, GMP, TYPHOID, ETC. Pasal- pasal bakteria tu pun jangan lupe bace. Tak sikit banyak pun mesti kua. Kalau yang masih ingat tentang law dalam bidang pengendalian makanan ni lagi la bgus! Ade yang kene tanye macam aku. Hehe..
Now is my turn, masuk- masuk je trus daoat greeting dpd dato penemuduga tu. Die senyum dan sambut aku dengan baik sekali. Dek kerna die awal- awal dah greeting aku, jadi boleh dikatakan sesi temuduga aku jadi half formal. Suke aku sebab gelak and ketawe je. Tapi jangan over tau! Cara interview macam nie lg bahaya ye. Dorg bole treat your personality directly and closely.
Antara soalan aku kene jawap is: dalam akta makanan, apa perkara perlu ade sebelum melayakkan seseorang itu layak dipanggil pengendali makanan? Jawapannya latihan pengendali makanan dan suntikan typhoid. Ngee ^*^*^!!. Kedua, sistem amalan kebersihan yang selaku diamalkan.  Jawapannya haruslah Haccp. Lagi 3 soalan tu dalam bentuk situasi. Apakah yang perlu kite buat kalau staf bawahan kita tak buat kerja seperti yang tercatit dalam SOP, ape yang anda rase perlu ade penambahbaikan jika anda orang yang bertangungjawab menyediakan hidangan pesakit, ape kriteria yang awak ade berbanding calon lain.

Ingatan Teman Lama

Malam yang hening.. Seketika teringat akan teman lama. Kenalan yang terputus hubungan... Tidak tahu jika harus aku tinggalkan sedikit nota t...