Monday, 17 November 2014

Aku Mahu Kau Berubah Cara ~

Dup dap dup dap..
Resah hati,
Endah apa yang akan diperkatakan nanti,
Sesuatu tentang diri tentang hakikat diri,
Aku resah dalam menanti.

Ada baiknya mengandai sebelum bicara dibuka,
Tentang diri tentang hakikat yang akan diperkata,
Sungguh aku resah dalam kebenaran yang dijangka,
Aku resah dalam penantian kata daripada si pemuja.

Ada sesuatu tentang aku yang kau perlu tahu,
Tentang kurangnya aku berbanding lebih dalam diriku,
Kerna kau perlu tahu aku insan yang satu,
Yang mana lemah kuatnya asalnya adalah kehendak penciptaku.


No comments:

Post a Comment

Ingatan Teman Lama

Malam yang hening.. Seketika teringat akan teman lama. Kenalan yang terputus hubungan... Tidak tahu jika harus aku tinggalkan sedikit nota t...