Sedikit sedutan yang saya jumpa kat facebook. Ala, sharing2..
Cuba baca :-
Yang saya boleh kata :-
"Bukan kekadang tetapi selalu fikir mcmtu (itu dah memang sifat perempuan kan? banyak fikir),
Bukan kate rase tak cantik tetapi rase mcm tak cukup sempurna (eh! layak ke aku? ok ke aku?),
Bukan kate tak yakin tetapi lumrah perempuan biase2 mcm aku kot (ngee!),
Tapi untung die, memang ke dasar boleh faham bini die."
Jika ia si Napie Mar nie buat, saya respect dekat die.
Ye, ini la dia yang perempuan selalu rasa. Tapi kalau cantik, tak tahu la kan? Walau apa2 pun, itu memang lumrah perempuan. hihi ^_^. Kalau tak percaya, tengok ajela berapa ramai jutawan mude yang mudah kaya dengan berniaga barangan kosmetik dan fesyen. Sebab ape? Sebab simbolik 'cantik' itu sinonim dengan insan berhati lembut ni. Macam sy ni, rupa ala kadar ni (dalam hati syukur sangat - sangat Allah bagi rupa yang serbe lengkap ni), sikit banyak memang hati saya terkesan jugaklah bile lihat orang yang saya suke, sayang tu, melirik mata pada yang lain. Lebih - lebih lagi bila die kata die sayang saya, namun ade insan lain yang dok mengharap kat die. Dan pada sy yang berfikiran kurang matang (adakalanya) ni berasa tergugat..huhu. Pastu mula la fikir bukan - bukan (haha..salah sendiri ni sebab cari penyakit). Kat sini, lelaki kene la pandai main peranan, janganla dibiarkanla si pemilik hati tu terus menerus fikir bukan - bukan. Pujukla hati die. Say U love me! Eh! pulak!. Belai wife dan kata "hanya awak sahaja dihati saya, datangla yang lain pun, saya hanya ingat awak. Kalau pun die cantik sampai mata saya melirik, tapi tak akan sama seperti sifatnya seperti awak". Awak semua kene ingat, dasar manusia semuanya sama, tapi perincian setiap manusia itu Allah dah ciptakan lain - lain. Yang membezakan antara satu sama lain. Yang punya hati lembut, hati keras, hati batu, hati - hati, penyabar, setia, playboy, pengkid, itu semua kuasa Allah. =)
Okay, bercakap pula berkenaan dengan 'SPA'. Rata - rata yang komen pada status Napie Mhar nie mempertikaikan duit untuk ke spa. Ade yang kate..'membazirlah, tak berbaloi la..dan dot dot dot'. Dan yang bercakap macamtu, mostly lelaki. Ehem ehem.. untuk pengetahuan, yang dinamakan spa tu sebenarnya ikut jenis, ikut tempat, ikut pakej. At least, bagi wife buat treatment muke/ facial muka yang basic pun RM 30 - RM 40 je sayang. Jangan la sebab nila yang purple tu, habis sume negatif je pikir. Paling cikai pun, RM 1++/1 sesi pakej lengkap satu badan. Haaa... ! Untuk saya, itu okay kalau nak dibandingkan duit rokok, sport rim, gadget. Kalau rasa - rasa agak susah nak melabur untuk wife. Cuba la tolak ansur dengan wife, kau separuh, aku separuh. Bahagila 2. Perempuan nie yang penting bagi die sebenarnya support. Sokongan para suami tu. Dengan kata - kata semangat korang ni la, secara automatik perempuan akan jadi tak kesah kalau kene lebur duit lebih sikit untuk penampilan die. Sebab bagi die, janji suami die senang hati dengan die. Kan? Walaupun saya belum kawin tapi jadi makwe seseorang pun selalu buat saya berfikir macamni. Memang la tak perlu sebab belum kawin, belum jadi suami, tapi awak bukan perempuan. Awak tak kan tahu.. Sebab tu saya cakap ini lumrah!
Apepun, saya suka lelaki berfikiran mcmni. Die tahu akan naluri seorang perempuan. Ketakutan perempuan. =)
"Kita manusia yang Allah cipta, diberikan perasaan sayang untuk dicintai dan mencintai. Usahla dipandang pada rupa, yang penting pengorbanan seseorang itu untuk kita". "Mengahwinimu, melahirkan zuriat untuk mu adalah perkara terbaik dalam hidup seorang wanita. Walaupun mungkin tubuhnya tidak seperti dulu lagi, dia akur jika itu boleh membahagiakan banyak pihak".
Peace!





