Friday, 3 April 2015

Naluri Hati Ini

10.24am, sabtu, 4/4/2015..

Ditelefonnya banyak kali tidak diangkat sejak malam tadi. Walupun sudah dimesej. Hatiku meruntun sayu. Menitik airmata..

Ya Allah,
Sememangnya aku hamba yang sangat lalai kepadamu,
Ya! Sememangnya aku hamba yang banyak berbuat salah kepadamu,
Aku tahu semua itu, aku berusaha untuk berada semula didalam pemerhatianmu selalu.
Namun, adakalanya aku tergelincir jugak.
Sebenarnya aku malu dengan mu Ya Allah.

Ya Allah,
Cuma permintaanku, permudahkanlah rezeki untuk ku, jodohku, dan urusan hidupku.
Adakalanya aku terasa kerdil meminta daripadamu,
Namun aku terpaksa kerna satu-satunya tempat yang aku ada adalah hanya kamu Ya Allah.

Ya Allah,
Pada usiaku begini, amatlah aku perlukan seseorang yang boleh menjagaku, perihal dalam mendidikku kepada agamamu, dan dalam urusan harianku.
Jika kamu tahu, aku tidak mahu menyusahkan sesiapa melainkan orang yang aku senangi.
Biar nanti, diri tidak disalahertikan.

Ya Allah,
Aku mohon, hadirkanlah pada aku seorang insan yang dapat memahamiku, menerimaku, menyayangiku dengan apa yang ada padaku.
Tetapi bukanlah pada orang yang mudah memberi harapan dan berlalu pergi dari hidupku.
Andai kau tahu, sesungguhnya aku sudah letih dengan permainan mereka.

Ya Allah,
Hadirkanlah dia..agar dapat aku bergantung kasih sayang kau kepadanya,
Hadirkanlah dia..agar aku tidak lagi mengharap pada yang lain,
Hadirkanlah dia..agar aku dapat melabuhkan setiaku kepadamu melalui dia,
Hadirkanlah dia..agar aku dapat memelihara hati kurniaan mu ini daripada disakiti lagi..

Ya Allah,
Engkau permudahkanlah permintaanku ini,
Untuk sekali ini,
Aku tidak lagi merasa begini.


Nukilan,
Yati
Pemilik hati ini

No comments:

Post a Comment

Ingatan Teman Lama

Malam yang hening.. Seketika teringat akan teman lama. Kenalan yang terputus hubungan... Tidak tahu jika harus aku tinggalkan sedikit nota t...