Thursday, 7 July 2016

Hari Raya Sebagai Penolong Pegawai Penyediaan Makanan

06.07.2016, Rabu
Tempat : Dapur Pediatrik, Hospital.

Hari Raya Kami !

Alhamdulillah, tahun ini saya dapat beraya lagi. Bertemu jua kasih disyawal yang mulia tahun ini. Lagi menggembirakan, sambutan raya kali ini bersama suami tercinta. Maklumla, kami suami isteri bekerja dalam satu bidang yang sama. Kena turn plak kami tidak beraya. Sebagai orang dipertanggungjawabkan, saya menggantikan pegawai sepatutnya bertugas pada hari raya. It's okay la sebab suami pun tak beraya sekali.

Saya nak bagitahu, jika niat adik- adik nak kerja profession sebagai Penolong Pegawai Penyediaan Makanan, kena tahu satu perkara. "RAYA IT'S NOT YOUR PRIORITY". Memang akan ada tak dapat beraya bersama family. Tak kira la hospital kecil ke atau hospital besar macam tempat saya kerja ni. Ramai antara calon yang memilih jawatan dan dunia pekerjaan ini tidak mengetahui mereka perlu berada sentiasa jika diperlukan. Even pegawai mahupun tukang masak ye. Jangan nanti, bila dipanggil masuk bekerja barula meyebut "HAaalaa, tak dapat cuti raya!", "Kerje macam ini ke", "Alaa..ingatkan kerja pejabat" dan memacam tanggapan daripada sebuah suratan timbul. Time tu jangan nak menyesal. Nasihat saya, anda kenala kebalkan hati untuk beraya 2 tahun sekali je ye. Yang dah kawin macam saya ni, pepandai la atur nak balik raya macamana ye. Kang aje kena raya umah mak mertua dan mak sendiri 4 tahun sekali. Glurp! Kalau korang sebagai pegawai atas, god bless you la sebab bertuah terkecuali.

Okay, kita cerita pasal raya 2016 kali ni. Kebanyakkan orang ingat jawatan dan peranan anda tak penting. Lagi- lagi bila yang dipapar pada televisyen, radio, paper, banyak mention kepada perantauan dan yang bekerja dalam sektor- sektor kritikal seperti doktor, student, nurse, pembaca berita.. huhu. sedih! Walhal, korang punya peranan lagi besar kot! Pesakit nak makan apa kalau dapur hospital tutup? Baru gas tak dapat supply kat dapur sejam dua pun dh huru hara keadaan, inikan pula sehari tutup. McD, KFC pun kalah dalam kes macamni. Jawatan tukang masak KKM dan Penyediaan makanan nie penting, sama macam doktor dan nurse kat wad tu tau. Tapi janganla sedih kalau orang luar tak nampak korang. Itu adat. Sebab pada dorg, mereka ingat korang keje kantin hospital.. CHoiii!
Eh, awak keje hospital ke? Keje nurse ke? Doktor ke?.. Er..tak! Saya keje bahagian makanan pesakit. Paling tak pun orang menjawab dengan slumber "Owhh..kantin ea..". So, memang tak heranla. Saya selalu kena bila orang akan anggap saya kerja tukang masak kantin. Kekadang malas saya nak terangkan, saya anggukkan je, Tapi kira bagus begitu kan, orang akan fikir kita orang biasa- biasa je. Keje low profile, pakai biasa- biasa. Paling best, ala, keja kantin je dia ni. Advantage : Dapat elak daripada orang yang suka bodek.

Ini gambar raya kami. Kebetulan, raya kali ni hanya kami bertiga anak muda yang beraya bersama makcik- makcik yang lain. Jadi, selama seminggu ni, anak- anak yang lain menderhaka sekejap. haha.
Biasanya kami buat pot luck je sebagai sambutan raya kami. Memasing bawa bekal rendang daripada rumah. Kak sally sampai menangis sambil makan rendang tau bile teringat anaknye. Jangan nagis lah, kene la kebal barula tukang masak!









Ini sahaja daripada saya, raya anda pula macamana?



Next Post!

Ingatan Teman Lama

Malam yang hening.. Seketika teringat akan teman lama. Kenalan yang terputus hubungan... Tidak tahu jika harus aku tinggalkan sedikit nota t...