Hi, 1st posting untuk year 2019. :-)
Selama mane daku menghilang, selame itu jugak lah ku tak mampu meluang masa berlebihan depan pc. Cukup cukup saja masa menghadap pc tu di office. Ini adalah akibatnya pembawakkan budak ek. Mengah bawa perut ke sana sini, balik rumah rehat and tidur je mampu tau. Yang lain semua mampu pendam je 😅 ..
Alhamdulillah, dah keluar dah seketul baru2 nie. 👧
Rezeki setelah 3 tahun tunggu.
Ok. Posting kali nie, kakak nak buat review berkenaan sabun daripada jenama Tanamera. Tanamera vs spa vs organic vs alam semulajadi. Itu tagline kakak buat brand nie. Mula-mula tu, kakak nak la ambil set berpantang jenama nie, tapi sebab lebih advantage ambil set NR, maka kakak pilih NR. Korang jangan fikir Tanamera tak bagus plak, Tanamera nie bagus juga untuk berpantang sebab banyak je review daripada mummy mummy kat luar tu yang bagi komen positif. Tapi untuk kakak, kakak ambil set NR sebab ade minuman herba tu. Actually, senang kakak stanby terus in case kalau kakak sembelit. Hihi..
Tanamera, ape membuatkan kakak tertarik dgn Tanamera nie ialah sabun nie. Bila kakak google info, banyak feedback positive penggunaan sabun ni. Kakak tak de la google satu per satu review. Tapi kakak selalu usha komen komen orang dekat fb. Lagi lagi masa mengandung, kakak banyak spend masa kat group pregnancy. Beberapa orang juga komen sabun nie bagus. Kakak pun ape lagi terus order tau. Thru Shoppe. Tak sabo nak cepat barang sangatkan.
Ini lah sabun yang kakak maksudkan tu, Brown Soap! Dorang ade beberapa jenis sabun tau. Cuma banyak feedback sabun buku ni, jadi kakak beli yang nie je. Kalau nak tengok variety sabun dorg, korang boleh google dekat website/ig dorg k. Kakak review produk yang kakak guna je, tak mau tambah tambah gula lah! 👀
Nota : Seketul Sabun siap packaging. Cantik pembungkusan dorg buat. Nature gitew. Maklumla kakak pencinta kraf and semulajadi. Sentimental value tu lebih. 💖
Nota : Rupa lipatan sabun & sabun. Korang tengok tu, ade biji2 yang sangat sesuai fungsinya untuk scrub your skin
Nota : Info belakang packaging
Result :
Untuk makluman, kakak menggunakan sabun ni sebab kakak nak kulit dan daki-daki semasa mengandung tu dapat hilang dengan jayanya sepanjang tempoh berpantang. Siapa mengandung, die faham la macam mane keadaan kulit badan tu. Terutamanya celah peha, perot, pelipat, siku, leher....haiyaaaa! Tak suke, tak suke n tak suke tengok. :-(
Daripada keluar hospital, setiap hari, pagi petang dok menyntal badan guna sabun nie. Result dalam 15 hari penggunaan, and yeeaayyy! Hilang dah yang hitam-hitam macam daki tu. Kat leher, kat pelipat, kt siku, kat perut.. keke 😝😝😝😝😝😝.. kulit pun bersih je. Semangat tengok skin. Puashati kite wak! Jadinya, kakak recommend awak awak beli sabun ni ye.
Sebenarnya set berpantang kakak, kakak tak fix satu jenama sahaja. Ade jenama Sari ayu, ade Tanamera, ade set NR, ade lotion panas daripada Blessed Beauty, ade lotion panas Mustajab. Those barang nie semua kakak pick up daripada komen/review mummy mummy dalam Kelab Mengandung & Berpantang Malaysia. Credit kat diorang sebab sangat sangat membantu.
Okay. Nanti kite sambung borak lagi k.
P/s : Sejak ade anak nie, nak review and buat ayat pun blur blur. Dah lame tak mengelamun la nie. 😖 aarrrgghhhh !
xoxo


