Kebahagian, Keriangan, Oh! Gembiralah Wahai Hati...
Tarikh : 26 April 2013
Waktu : 2.31pm
Tempat : Meja Kerjaku
Motif : Alang - alang menyelok pekesam =)
Tatkala hati merasakan akan tiada kesudahan terhadap sesuatu penantian, tatkala hati merasakan akan beratnya beban dugaan yang diberikan, tatkala kesunyian yang cuba diceburi,
pastinya hati kecil mengharapkan kebahagian yang tidak terkira gemilangnya.
Hurmm.. alangkah indahnya jika hidup ini sentiasa disulami dengan keriangan, gelak - tawa, gurau - senda, pastinya indah!
Impian yang didambakan bagaikan seorang puteri dengan ria dan tawanya berlari - lari anak menyatakan keriangannya,
bersematkan bunga dicelahan rambutnya,
memakaikan gaun kembangan bertemakan bunga floral roses,
bersepatukan kasut barbie English style,
sambil memangku gaun kembangnya,
berlari dengan tawa keriangan yang tidak terhingga..
Itu hanyalah ungkapan keriangan bagi menyatakan kehendak di hati. Apakan daya, dunia realiti dan fantasi adalah sesuatu yang amat berbeza untuk dipadankan.
Pergilah wahai kesedihan....
Kehidupan bukan sesuatu yang perlu dinikmati dengan kedukaan, tetapi kehidupan haruslah disulami dengan kebahagian.
Dan,
Datanglah gembira itu..
Siapa yang tidak mahu bahagia? gembira?
Semua orang inginkan!
Namun, realiti kehidupan amatlah berbeza bagi setiap orang. Janganlah kita berputus asa, ruang itu pastikan ada untuk kita jua. Jangan lah kamu mudah mengalah.
Walau sesedih manapun kamu, sedalam mana duka hatimu,
cuba rawatinya..
Ingatlah! Setiap apa yang kamu rasa dalam hidupmu.. Itu hanyalah sementara untuk menguji kekuatan mu sahaja.
Jagalah dan rawatlah dirimu sebaik mungkin kerna kamu perlu ingat. Seteruk mana dugaan yang diberikan oleh -Nya, Sedalam itu jualah besarnya kasih sayang-Nya pada dirimu..
Satu pesan ku, setiap apa yang berlaku.. REDHA kan la dalam hati mu,
Pasti kamu akan merasa ketenangannya......
Lihat ini :-
Petua ini, saya google. Okay, thank you Mr. Google!! ^_~
Mencuba tidak salahkan ?
Mana tahu, esok lusa kita boleh lari keriangan macam ini?
Ingat!!! Fokus kepada ?
Mudah je! Selalu la buat macam nieh!
S.M.I.L.E
Motivation :-
SEKIAN TERIMA KASIH








No comments:
Post a Comment