Tuesday, 16 April 2013

Masihkah ada ruang kebahagian?

Hari-hari yang berlalu sekarang umpama kosong buatku,
sepi, sunyi.. Itulah hakikat sebenar yang berlaku,
tiada siapa yang faham dan mengerti apa yang aku alami sekarang,
Walaupun di luar sana melontar bermacam tona bunyi,
Tapi apa yang difikiran ku hanyalah kosong.

Ya Allah, sunyi sepi ku rasa!

Aku ke nie?

Tidak! Bukan aku!

Aku orangnya gembira dan ceria
seorang yang suka ketawa dan bergurau
seorang yang sukakan keriangan dan gelak tawa,

Kenapa ni.. Rintih diri ku :(

'atie sekarang dah lain, tak macam dulu. Kalau dulu kite telifon die rajin berbual, gurau-gurau, ketawa. Tapi sekarang lain, kite tanya sepatah, sepatah die jawab. Cakap pun macan nak tak nak. Nape tah..' rintih si emak tatkala mahu meletakkan telefonnya


Maafkan diriku, semua yang berlaku benar-benar meresahkan diri ini..

Aku tidak mampu untuk berfikir

Ya allah, ku mohon, apa pun yang engkau telah tentukan ini, berikanlah aku kekuatan.

Amin..


No comments:

Post a Comment

Ingatan Teman Lama

Malam yang hening.. Seketika teringat akan teman lama. Kenalan yang terputus hubungan... Tidak tahu jika harus aku tinggalkan sedikit nota t...