PART : 1
Semalam 10/4/2015
Tempat : Klinik Pergigian Cahaya Suria
Cabut gigi? Dengar je cabut gigi, macam - macam terbayangkan? Huish!! Ngeri!!
Haa, sama la kite. Terlalu takut dengan doktor gigi la ni sampai kene gigi rosak - rosak macamni. Rugi tau korang, itu pun nak takut. Kalau nak dibandingkan dengan kehilangan gigi buat selama - lamanya. Dan padan muka aku, sebab punyai sama perangai macam korang daripada dulu. Penakut!
Ok, gigi aku belubang nieh, rela jela. Nanti kalau time die sakit, baru nak menyesal. Masa tak sakit berlagak cakap "erm, xpela, selagi boleh makan. Tak sakit lg nieh". Jangan! Jangan! ye..Bagusnya cepat buat!
Semalam, beranikan diri juga cabut gigi. Sebab? Kalau tak cabut cepat - cepat nanti risikonya lagi tak berbaloi. Makin lama makin susah nak cabut sebab gigi yang berlubang atau rosak akan bertambah rosak. Jadi bila doktor nak tarik keluar gigi, mungkin gigi akan pecah. Haa..korang nak doktor godeh- godeh mulut korang sebab nak ketip gigi korang tu? dahla susah, tgl tunggul je plak.
Masuk kat kaunter pendaftaran :
"Err, saya nak buat pendaftaran."
> Bg Ic Cik. Kene bayar RM1 ye.
"Kalau staf? (Aku kan gov)"
> Oh, xpayah. Hrmis kemaskinikan?
"Yup!."
> Isi form, kejap lagi kami panggil ye.
> Cik Norhayati
"Ye!"
> Ni nombor giliran, tunggu dibilik 1 ya. Nanti die panggil, masuk je.
"Okay"
Ting..ting ..2030 (Nombor giliranku)
"(dalam hati.. huish, kemasnya bilik dia. Sume perempuan. Sudut hujung tu doktor lelaki sorang je. hihi)
> Cik baring kat kerusi tu.
"Yelah. (Glup! takut sih!). 5 minit after...nurse turunkan kerusi..pergh dup dap dup dap!
> Gigi kenapa? 'doktor cina perempuan tanya'
" Saya ade 2 gigi berlubang, saya nak cabut 2 2 gigi ni."...doktor tu terus cek semua gigi dan buat rekod. nurse yang jadi pembantu die tadi jadi tukang catat.
> Boleh cabut satu je dulu. Nanti datang lagi buat lagi satu. So nak cabut yang mana? Gigi atas, 2nd bongsu dah berlubang teruk jugak. Gigi geraham bawah pun rosak teruk jugak. Susah nanti ni nak cabut sebab tinggal tunggul sikit je. Dulu pernah tampal ke?
"Haah, dulu pernah tampal tapi saya tak pergi jumpe doktor."
> You tak boleh tangguh2 jumpa doktor kalau gigi tampal tercabut. Kalau tercabut, terus je jumpe doktor. Mungkin die boleh selamatkan gigi kamu.
" Hihi..gelak jela aku. Tak pela doktor, saya nak cabut je. Tapi untuk hari nie, doktor cabut yang atas dulu sebab kalau makanan termasuk, mulut berbau dan sakit sangat 1 muka.
> Tahan sikit ye, cucukan 1st tak rasa sakit. (Die terus cucuk..memang tak sakit pun)
> Ok, yang ni sakit sikit dan tak menyenangkan ye..(Mula la die cucuk serdas kat lelangit.. pergh..agak sakit gak la..huhu).. Ok cik, pergi kumur disinki than tunggu dekat luar ye.
"owh, okay!
5 minit lepas tu..
2030..2030..2030
"Eh, sudah panggil saya balik ke? Kejap je? Ke baring balik la nieh?
> Haah, sudah boleh cabut
"Owh, yeke? I ingatkan tadi lama sikit kene tunggu. Sorila, 1st time
> Doktor tu tanya sakit tak.. Klu saya buat ni sakit, awk bagitahu... Die pun dokla godeh2 gigi aku. Terasa la sikit ngilu2. Tapi aku ingat, memang tak de rasa langsung. Lantas,......
"Eaa, saya terasa la. Macam Ngilu.
> Tapi tak sakit kan?
"Ermm.. tak.. Cume rasa mcm kene usik jela gigi.. (Dalam hati..Adeh! Malu ja la kau ni yati..)
> Okay, gigit kapas.
"Dah Ke?
> Dah, nie u tengok gigi you. Teruk dah lubang.
"Tengok2 jap, pastu ucap terima kasih, terus keluar. Legaa....!
Kalau klinik kerajaan, kita akan dapat MC kalau cabut gigi. Kalau setakat cuci dan tampal, time sleep je ye.
Balik Opis, masuk keje macam biase. Tapi lepas sejam dua, mula rasa sakit macam sakit gigi. Cuma, tak la seteruk sakit gigi tu. Kesengalan je terasa lepas ubat kebas dah mula hilang. Time tu, aku tak fikir panjang dah, ambil beg, chow balik. Ngantuknya lahai..dengan sakit lagi. Amik paracetamol 2 ketul, terus tido!.. Bangun cume letih jela. Tak rasa pape dah. Darah still ade kua lagi. Kire semalaman jugak aku gigit kapas. Korang gigit kuat2, bagi cepat darah berhenti k. Boleh makan kalau korang nak, tapi jangan panas2 je la. Minum ais pun ok. Aku buat bubur untuk alas perut malam.
Hari Ke - 2
Dek kerana rasa macam tak puashati sebab bangun tido pagi, aku rase mulut aku berbau. aku pun lap dekat tempat cabut tu dengan kapas muka. Ade nanah. Owh, pada aku, mungkin kot sebab urat masih basah lagi.
Hari ke - 3
Still same jugak. Malam hari ke 3 ni, lepas lap, aku beranikan diri korek guna jarum peniti. Manala tahu kalau ade serpihan yang tertinggal. Sebab lepas cabut tu, kat kapas aku gigit tu, ade la tertinggal serpihan. Korek..sekali, kua serpihan. Besar plak tu. Lepas tu macam terasa ade tunggul. What? TUNGGUL..huwaaaaa!!!
Hari Ke - 4
Aku try tok keluarkan sendiri tunggul tu. Pergh, Tak boleh! Kene g balik klinik tu buat! huhu.. Nerves! Terdarah Jangan citela..:P
Hari selepas seminggu
Still tak pergi lagi klinik gigi. Gigih dengan kerja kan. Tunggu minggu akan datang ni. Untuk makluman, kawasan cabut tu tak sakit, dah baik pun. Cume tempat yang ade tunggul tu jela yang bengkak tak baik- baik.
Moral of the story : Apela nasibku, pengalaman pertama yang K.O! ^_U
Cont : PART 2 bila kes keluarkan tunggul pulak. Macamanela doktor ni godeh gigi aku sampai ade tertinggal pun tak perasan. Lain kali cek la dulu..
Sedih! Ngeri!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ingatan Teman Lama
Malam yang hening.. Seketika teringat akan teman lama. Kenalan yang terputus hubungan... Tidak tahu jika harus aku tinggalkan sedikit nota t...
-
Bertemu untuk permulaan tahun 2018 ! Hai ! Hai ! Hai! Hope semuanya okay dan dalam keadaan sihat semuanya. Saya Sihat ! hikhik.. Ok, po...
-
Assalammualaikum... Hi, 1st posting untuk year 2019 . :-) Selama mane daku menghilang, selame itu jugak lah ku tak mampu meluang masa b...
-
Ye kamu... Dimanakah dirimu teman Apakah yang sedang kamu buat Apakah yang sedang kamu jalani Apakah yang sedang kamu lalui kini Dulu...
mana part 2? haha
ReplyDeletePart 2 baru teringat nie nak sambung Fluffy
ReplyDelete