Monday, 29 April 2013

Hari Ini

Tanggal 29 April 2013

Semestinya hari ini pastinya menjadi kenangan di masa hadapan. Semuanya bakal terlebur bersama angan - angan yang aku idamkan. Langit tidak selalunya cerah, adakalanya cerah, adakalanya malap. Begitu jugalah dengan hari - hariku. Bagaimana harus ku berdepan dengan semua ini.. Ya Allah, permudahkanlah jalan bagiku. Aku tidak tahu apakah yang telah Engkau tetapkan untuk ku disana. Tetapi aku disini meniti hari, menerjah waktu untuk merungkai ketetapan untuk ku. Namun, makin kuat dugaan yang Engkau berikan. Tidak sanggup rasanya hati ini untuk berhadapan dengan segala kemungkinan lagi. Semahunya waktu ini aku hentikan. Cukuplah sampai disini sahaja yang termampu aku hadapi. Aku tidak kuat seperti yang Engkau sangkakan. Aku lemah Ya Allah....

Permudahkanlah ia...

Aku tidak tahu apa yang akan terjadi untuk esok - esok hari. Aku hanya mampu berserah dan redha dengan apa sahaja yang telah Engkau tentukan untuk ku Ya Allah.

Aku tahu aku tidak kuat, aku juga tidak tahu bagaimana keadaan diriku nanti, tapi aku tetap bersedia untuk menghadapi setiap kesakitan dan kedukaan yang ditentukan ini.

Aku bukan miliknya lagi...


Friday, 26 April 2013

~keIndaHan~




`tak pernah ku terlintas angan-angan ini kan berlaku,
pada diri ku insan yang tidak punya apa-apa,

mimpikah aku? gelak ku sendiri pd diri yg meragu,

hati kecilku berlagu riang menghadirkan sekuntum senyuman,
senyuman yg membuatkan si pemerhati senang dengannya,

terima kasih ku ucapkan pada DIA yang punya kuasa,


betullah tafsiran ku setiap kekaburan akan ada sinarnya yg pasti,
cume yang pasti..setiap nikmat yg dimiliki tidak selamanya berpihak pd yg 1,

keindahan dlu yg dmiliki kini hanya tinggal memori yg terkoma,

ntah bila akan ada penyudahnya atau sememangnya itu kesudahnnya,
blm sempat ku berterima, blm sempat ku memberi, blm sempat ku mengucapknnya,
debu-debu badai melabuhkan grafiknya sementara aku dlm pencarian,


betullah kata bicara.. hadirnya sesuatu itu hanyalah sekadar pinjaman,

hargai lah ia sementara ia milikmu, lepaskanlah ia setelah ia bukan menjadi hak mu,
kehadiran..pemergian...haruslah ia disambut dengan hati yg redha,

lapangkanlah dada dan minda mu sedaya mungkin,

kerna hati yg ikhlas itu akan memberi keindahan dalam hidupmu,
cuba lah lihat ke dasar alam ciptaan-Nya yang meluas indah,
siapakan tahu disitunya terdapat sejuta transkrip jawapan kpd persoalan,
moga diri mu dapat merasai lagi nikmat yg hakiki milik-nya,
ku berharap..ku berusaha..dan..ku berdoa..`


Created by : Kasih Melati
Date : Monday, 8 February 2010
Publish : https://www.facebook.com/notes/norhayati-grantish/keindahan/461057949224

Keriangan Warna Kehidupan

Kebahagian, Keriangan, Oh! Gembiralah Wahai Hati...

Tarikh : 26 April 2013
Waktu : 2.31pm
Tempat : Meja Kerjaku
Motif : Alang - alang menyelok pekesam =)

Tatkala hati merasakan akan tiada kesudahan terhadap sesuatu penantian, tatkala hati merasakan akan beratnya beban dugaan yang diberikan, tatkala kesunyian yang cuba diceburi, 
pastinya hati kecil mengharapkan kebahagian yang tidak terkira gemilangnya. 
Hurmm.. alangkah indahnya jika hidup ini sentiasa disulami dengan keriangan, gelak - tawa, gurau - senda, pastinya indah! 
Impian yang didambakan bagaikan seorang puteri dengan ria dan tawanya berlari - lari anak menyatakan keriangannya,
bersematkan bunga dicelahan rambutnya,
memakaikan gaun kembangan bertemakan bunga floral roses,
bersepatukan kasut barbie English style,
sambil memangku gaun kembangnya,
berlari dengan tawa keriangan yang tidak terhingga..


Itu hanyalah ungkapan keriangan bagi menyatakan kehendak di hati. Apakan daya, dunia realiti dan fantasi adalah sesuatu yang amat berbeza untuk dipadankan.

Pergilah wahai kesedihan.... 

Kehidupan bukan sesuatu yang perlu dinikmati dengan kedukaan, tetapi kehidupan haruslah disulami dengan kebahagian.


Dan,

Datanglah gembira itu..

Siapa yang tidak mahu bahagia? gembira?
Semua orang inginkan!
Namun, realiti kehidupan amatlah berbeza bagi setiap orang. Janganlah kita berputus asa, ruang itu pastikan ada untuk kita jua. Jangan lah kamu mudah mengalah.
Walau sesedih manapun kamu, sedalam mana duka hatimu,
cuba rawatinya.. 
Ingatlah! Setiap apa yang kamu rasa dalam hidupmu.. Itu hanyalah sementara untuk menguji kekuatan mu sahaja. 
Jagalah dan rawatlah dirimu sebaik mungkin kerna kamu perlu ingat. Seteruk mana dugaan yang diberikan oleh -Nya, Sedalam itu jualah besarnya kasih sayang-Nya pada dirimu..
Satu pesan ku, setiap apa yang berlaku.. REDHA kan la dalam hati mu,
Pasti kamu akan merasa ketenangannya......




Lihat ini :-

Petua ini, saya google. Okay, thank you Mr. Google!! ^_~



Mencuba tidak salahkan ?
Mana tahu, esok lusa kita boleh lari keriangan macam ini?



Ingat!!! Fokus kepada ?


Mudah je! Selalu la buat macam nieh!
S.M.I.L.E
 
Motivation :-


SEKIAN TERIMA KASIH






Tuesday, 16 April 2013

Masihkah ada ruang kebahagian?

Hari-hari yang berlalu sekarang umpama kosong buatku,
sepi, sunyi.. Itulah hakikat sebenar yang berlaku,
tiada siapa yang faham dan mengerti apa yang aku alami sekarang,
Walaupun di luar sana melontar bermacam tona bunyi,
Tapi apa yang difikiran ku hanyalah kosong.

Ya Allah, sunyi sepi ku rasa!

Aku ke nie?

Tidak! Bukan aku!

Aku orangnya gembira dan ceria
seorang yang suka ketawa dan bergurau
seorang yang sukakan keriangan dan gelak tawa,

Kenapa ni.. Rintih diri ku :(

'atie sekarang dah lain, tak macam dulu. Kalau dulu kite telifon die rajin berbual, gurau-gurau, ketawa. Tapi sekarang lain, kite tanya sepatah, sepatah die jawab. Cakap pun macan nak tak nak. Nape tah..' rintih si emak tatkala mahu meletakkan telefonnya


Maafkan diriku, semua yang berlaku benar-benar meresahkan diri ini..

Aku tidak mampu untuk berfikir

Ya allah, ku mohon, apa pun yang engkau telah tentukan ini, berikanlah aku kekuatan.

Amin..


Wednesday, 10 April 2013

~Kekaburan YAng Nyata~

`Sepi malam mengundang lagi hari ini...
dalam kegelapan terlihat akan persoalan
mengukir dan bermain di kotak pemikiran
dalam pergolakkan monolog masa lalu
hadirnya setiap sketsa rencah kehidupan
bersilih berganti paparan skrin takbir..
bersilih berganti watak-watak si pemujanga
berlakonnya ia akan tanpa henti
senada ia mengikut irama sang PenCipta
geraknya ia berhala tuju
hala tuju yang seakan di kaburi
kekaburan yang mehalang pandangan yang jelas
kerana yang mengarah itu hanya yg Esa
pentakbir agung yang pada Dia mengerti apa yang sedang Dia putarkan
meniti hari, berputaran waktu
kekaburan makin jelas akan nyatanya
terpancar jua cahayanya

apakah itu satu sabit yang nyata?
atau itu pekhabaran penyataan?
namun mengapa ada rabun atas kekaburannya?
sungguh kusut banyaknya pada persoalan
akan pertimbangan apakah pada jawapannya ini?
itulah ia penyembunyian dalam pensiratan
tiada kata-kata seindah jawapan dari sang Pencipta
bukakanlah hati dan pandanglah pada Dia
sesungguhnya jawapan itu adalah nyata
nyatanya ia seterang alam yg membentang luas
hanya pada yang Nur bisa mengertinya
apakah itu sinar disebalik kekaburan yang nyata`


Created by : Kasih Melati
Date : Monday, 8 February 2010
Publish : http://www.facebook.com/notes/norhayati-grantish/kekaburan-yang-nyata/332984129224

~Satu Jawapan~


`waktu ini sunyi, sepi, hanya diri dan si manja bersendirian,
di kala ini permainan wayang takbir mula menampakkan curangya,
di kala ini jua hati ini sekali lagi mula terduga akan kekaburan yg jelas hampir kelihatan,
dan di kala ini juga pembahagian yg perlu dipersembahkan perlu tulus seikhlas seadanya,

jari bergerak mengikut suruhan gerak hati kawalan minda,
di mana ia terhenti samalah ia hentinya petikan paparan ini,
sungguh jauh sudah perjalanan ini untuk di pusingkan semula,
mana mulanya, mane hentinya, masih jua tidak ditemukan,

walau waktu itu selalu menduga kesabaran hati dan akal,
penyalahan bukanlah cara mengurai kekaburan itu,
kekaburan menjadi kian nyata dalam realiti yg tidak disangkal,
namun noktah jawapannya masih dalam ilusi dibayangan itu,


Created by : Kasih Melati
Date : Monday, 11 January 2011

Saturday, 6 April 2013

~ Ketenangan

Date: 7 Apr 2013
Time: 2.27pm

Seperti tidak ku percaya, hujung minggu yang membosankan bagi diriku. Selama 2 hari stuck terperap di rumah. Argggh!!!

Fikiran jadi buntu, iye pun tidak, tidak pun tidak iye juga. Hurmmm..

Macam2 difikiran, merayau-rayau dalam kotak fikiran membentakkan satu kebebasan untuk bernafas.

Untuk pertama kali, bagaikan sukar membuat pilihan. Bagaikan putus asa jadinye. Ya allah, aku mohon padamu permudahkanlah perjalanan hidupku ini. Aku hanya ingin kebahagian darimu..


Ingatan Teman Lama

Malam yang hening.. Seketika teringat akan teman lama. Kenalan yang terputus hubungan... Tidak tahu jika harus aku tinggalkan sedikit nota t...