Friday, 5 July 2013

RESIPI PUDING KASTARD

Yeayyy!! Malam tadi dek kerana rajin dan teringin sangat nak makan puding kastard, aku telah rajin dengan jayanya ke dapur..

Sebenarnya dah beli bahan-bahan buat puding ni daripada hari rabu lagi. Tapi tangan asyik ler berat je nak membuatnya. Tunda punyalah tunda, maka malam tadi rasminya buat jugak..

Resipi yang mudah dan senang :-

1 cawan Tepung Kastard
4 cawan Air
1 tin Susu Cair
Sedikit Gula
Esen Vanila
Buah- Buah campur dalam tin

Cara- Cara :
Tepung kastard bacuh dgn air dan masak atas api. kacau sampai la pekat dan kuningnya jernih.
Kalau x nanti rasa xbest.
Than, panaskan susu cair, esen vanila dgn sedikit gula (agak 1-2 sudu sebab air gula buah nanti buat kuah ni lagi manis).
Agak- agak dah mendidih/panas, masukkan buah- buahan campuran.

Nasihat :
Kalau masukkan buah- buahan dalam tin yang mengandungi buah yang tajam airnya, masuklah ia apabila susu sudah suam. Ia bagi menggelakkan susu terasing dan kuah anda berketul-ketul.
Kalau masukkan kuning telur pun boleh bagi memekat dan mencantikkan lagi kuah puding ini.

Sekian, mudah kan?

Taraaaa!!! Dah siap!




No comments:

Post a Comment

Ingatan Teman Lama

Malam yang hening.. Seketika teringat akan teman lama. Kenalan yang terputus hubungan... Tidak tahu jika harus aku tinggalkan sedikit nota t...