Suasana tenang di office...
25/7/2013
3.38pm
Ya Allah, apakah yang telah engkau aturkan untuk ku?
Ya Allah, aku sebenarnya tidak tabah hendak menghadapi ujian Mu ini.. Ya allah...
=((
Hari ini, rasa semangat untuk pergi kerja. Semalam MC, seharian aku terlantar kesakitan sengugut yang menyerangku. Tidak pernah pula terjadi macam ni.
Sedang aku melakukan aktivit sosial ku ini meja kerja ni, tergerak hati hendak terjah facebook dia.
Walaupun facebook kami masing- masing tak link sebagai friend tetapi aku masih boleh tengok wall post dia. Aku teringatkan post yang selalu dia share di wall Fb nye. Lalu aku google la semula Fb dia untuk tengok semula post- post tu.
Tiba2???
EH? Kenapa aku tak boleh ekses langsung Fb dia nieh? Cuba lagi lah!
EH? Tak boleh jugak lah!
Ermm.. japlah, aku guna secondary Fb. EH? Boleh je???
Try log in balik Fb asal, HAAA?? Tak boleh la.....
AKu di block kah?
Ya Allah, sabar saje lah.. Hati aku menyirap nak marah tetapi ape daya, aku dah cukup letih dengan semua bende ni. Ya allah, yati.. sabar ye.. jangan marah.. sabar banyak2.
Mulakan langkah berjaga- jaga. Mula bersedia untuk apa- apa pun yang mungkin terjadi antara kau dengan dia. Untuk sekali lagi.
Kadang- kadang tu aku terfikir.......
Sebenarnya dimana kedudukan untuk aku.. Dia mengatakan begini begitu, walhal lain la pula apa yang terjadi.Memang aku akui dia selalu bersama ku tetapi... yang nyata ni? sape boleh jawabkan dengan kebenaran yang sebenarnya benar? Aku sebenarnya kecewa... kecewa sangat.. ya..allah..
Yang terbaru, aku dapat tahu perempuan tu post di wall Fbnye. Aku tak nak gaduh, aku tanya baik- baik. Katanya dia tak tahu macamana dia boleh jadi macam tu. Aku bertanya lagi "bukankah awak pernah bagitahu saya yang awak tak de dah kongsi password dengan dia?, jadi macam mana dia boleh guna Fb awk pulak?". Jawabnya "Ade la kot dia dapat godeh nie!".. Dalam hatiku "Macam-macam". Lantas aku membalas kata- kata dia "Tak kan la boleh godeh senang- senang je, sungguh pun tukar password tak kan la dia boleh tahu melainkan awak tukar kemudian awak kasi balik. Janganla cakap tu macam orang kat sebelah awak ni bodoh tahap babun...".. dan dia... terdiam seribu. Dia cuba memujuk dengan ungkapan ayat manis lelaki. Aku diam dan aku pendam... Tak pe, sabar dulu.
Dan hari ni? Terjadi lagi.. Kali ini aku di block untuk tengok FB die.. Jadi apakah?
Ya Allah.. Kalau ikut dendam, mahu saje aku berdendam dalam hati ni...
Sabar Yati. Jaga diri kau dan banyakkan bersabar.
Buat diri kau seperti mutiara. Biar kan la dia merasakan senang- senangnya sekarang.
Bukan niat untuk membalas dendam tetapi aku hanya pasrah dan redha atas apa yang berlaku sekarang ni.
Aku kene kuat..
Aku kene Kuat!
Dalam hati "Mahu aku menangis dan menitikkan air mata lagi sekali ini.. Susah nak cakap, petah lagi nak kata. Mengapa kalau betul- betul sayang buat la cara sepatutnya. Janganla buat hati ni terluka sekali lagi sepertimana yang berlaku dulu. Salah ke kalau betul- betul hendakkan orang tu, kita jangan simpan lagi orang lain, walaupun tujuan awak hanya nak akhirkan hubungan sebelum dengan cara yang baik. Awak simpan dia lagi buat saya terluka tau tak. Dahlah awk friend dengan dia, password awk kongsi dengan dia, update dengan dia, gambar- gambar semua. Dan saya? Dan saya yang awak kata yang sangat sayang nie untuk melihat semua yang berlaku dengan tak ada keadilan pada saya pun..."
Tapi apa guna jika saya cakap pada awk... Awak tak akan faham. Pada awk, kesalahan saya masa lalu lagi berat dengan apa yang awak buat sekarang. Sebab tu awak tak ada nak kesah pun perasaan saya ni. Selamanya awak tak akan kesah dan amik peduli pun. Pesan saya, tolong la jangan samakan hal sekarang dengan yang dulu atau keadaan yang sama akan berulang kembali.
Saya pohon, Saya minta dan berharap suatu hari nanti awak faham apa yang saya cuba katakan pada awak dan awak faham kenapa saya beralih arah dulu daripada awak.. Moga nanti awak boleh faham kekecewaan saya disebabkan apa....
Kepada mu Ya allah.. Tabahkan hati ku ini..
Ku berharap, Ku berdoa.....
Allahuakbar...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ingatan Teman Lama
Malam yang hening.. Seketika teringat akan teman lama. Kenalan yang terputus hubungan... Tidak tahu jika harus aku tinggalkan sedikit nota t...
-
Bertemu untuk permulaan tahun 2018 ! Hai ! Hai ! Hai! Hope semuanya okay dan dalam keadaan sihat semuanya. Saya Sihat ! hikhik.. Ok, po...
-
Assalammualaikum... Hi, 1st posting untuk year 2019 . :-) Selama mane daku menghilang, selame itu jugak lah ku tak mampu meluang masa b...
-
Ye kamu... Dimanakah dirimu teman Apakah yang sedang kamu buat Apakah yang sedang kamu jalani Apakah yang sedang kamu lalui kini Dulu...

No comments:
Post a Comment