Sunday, 28 July 2013

Ianya hanya sebuah kenangan



Sungguh manis senyuman itu
Lahiriah si pemilik hati
Dulunya kepunyaan ku
Namun kini ia tidak lagi

Gelak tawa hirik pekik
Senantiasa membuat pemerhati senang dengannya
Sungguh tertarik walaupun cuba diselindungi
Itulah dia si pemilik kenangan lalu

Sungguh ku tersenyum
Sungguh hati ku tertawa
Gelagat yang mudah mengusik jiwa
Ingatan lalu menjadi segar semula

Hadirmu ku sambut
Pergimu ku relakan
Agar tiada sengketa
Itulah tujuannya

Tiada apa bisa ku katakan
Cukuplah hanya sepalit sebuah senyuman
Dari diri yang pernah ku kecewakan
Agar ku mengerti dirimu kini sudah merasakan



By:
kasih melati

Thursday, 25 July 2013

Susah Hendak Diungkap, Apa tah lagi Melafazkannya

Suasana tenang di office...

25/7/2013
3.38pm

Ya Allah, apakah yang telah engkau aturkan untuk ku?
Ya Allah, aku sebenarnya tidak tabah hendak menghadapi ujian Mu ini.. Ya allah...

=((

Hari ini, rasa semangat untuk pergi kerja. Semalam MC, seharian aku terlantar kesakitan sengugut yang menyerangku. Tidak pernah pula terjadi macam ni.

Sedang aku melakukan aktivit sosial ku ini meja kerja ni, tergerak hati hendak terjah facebook dia.
Walaupun facebook kami masing- masing tak link sebagai friend tetapi aku masih boleh tengok wall post dia. Aku teringatkan post yang selalu dia share di wall Fb nye. Lalu aku google la semula Fb dia untuk tengok semula post- post tu.

Tiba2???

EH? Kenapa aku tak boleh ekses langsung Fb dia nieh? Cuba lagi lah!
EH? Tak boleh jugak lah!

Ermm.. japlah, aku guna secondary Fb. EH? Boleh je???

Try log in balik Fb asal, HAAA?? Tak boleh la.....

AKu di block kah?

Ya Allah, sabar saje lah.. Hati aku menyirap nak marah tetapi ape daya, aku dah cukup letih dengan semua bende ni. Ya allah, yati.. sabar ye.. jangan marah.. sabar banyak2.

Mulakan langkah berjaga- jaga. Mula bersedia untuk apa- apa pun yang mungkin terjadi antara kau dengan dia. Untuk sekali lagi.

Kadang- kadang tu aku terfikir.......

Sebenarnya dimana kedudukan untuk aku.. Dia mengatakan begini begitu, walhal lain la pula apa yang terjadi.Memang aku akui dia selalu bersama ku tetapi... yang nyata ni? sape boleh jawabkan dengan kebenaran yang sebenarnya benar? Aku sebenarnya kecewa... kecewa sangat.. ya..allah..

Yang terbaru, aku dapat tahu perempuan tu post di wall Fbnye. Aku tak nak gaduh, aku tanya baik- baik. Katanya dia tak tahu macamana dia boleh jadi macam tu. Aku bertanya lagi "bukankah awak pernah bagitahu saya yang awak tak de dah kongsi password dengan dia?, jadi macam mana dia boleh guna Fb awk pulak?". Jawabnya "Ade la kot dia dapat godeh nie!".. Dalam hatiku "Macam-macam". Lantas aku membalas kata- kata dia "Tak kan la boleh godeh senang- senang je, sungguh pun tukar password tak kan la dia boleh tahu melainkan awak tukar kemudian awak kasi balik. Janganla cakap tu macam orang kat sebelah awak ni bodoh tahap babun...".. dan dia... terdiam seribu. Dia cuba memujuk dengan ungkapan ayat manis lelaki. Aku diam dan aku pendam... Tak pe, sabar dulu.

Dan hari ni? Terjadi lagi.. Kali ini aku di block untuk tengok FB die.. Jadi apakah?

Ya Allah.. Kalau ikut dendam, mahu saje aku berdendam dalam hati ni...

Sabar Yati. Jaga diri kau dan banyakkan bersabar.

Buat diri kau seperti mutiara. Biar kan la dia merasakan senang- senangnya sekarang.

Bukan niat untuk membalas dendam tetapi aku hanya pasrah dan redha atas apa yang berlaku sekarang ni.
Aku kene kuat..

Aku kene Kuat!

Dalam hati "Mahu aku menangis dan menitikkan air mata lagi sekali ini.. Susah nak cakap, petah lagi nak kata. Mengapa kalau betul- betul sayang buat la cara sepatutnya. Janganla buat hati ni terluka sekali lagi sepertimana yang berlaku dulu. Salah ke kalau betul- betul hendakkan orang tu, kita jangan simpan lagi orang lain, walaupun tujuan awak hanya nak akhirkan hubungan sebelum dengan cara yang baik. Awak simpan dia lagi buat saya terluka tau tak. Dahlah awk friend dengan dia, password awk kongsi dengan dia, update dengan dia, gambar- gambar semua. Dan saya? Dan saya yang awak kata yang sangat sayang nie untuk melihat semua yang berlaku dengan tak ada keadilan pada saya pun..."

Tapi apa guna jika saya cakap pada awk... Awak tak akan faham. Pada awk, kesalahan saya masa lalu lagi berat dengan apa yang awak buat sekarang. Sebab tu awak tak ada nak kesah pun perasaan saya ni. Selamanya awak tak akan kesah dan amik peduli pun. Pesan saya, tolong la jangan samakan hal sekarang dengan yang dulu atau keadaan yang sama akan berulang kembali.

Saya pohon, Saya minta dan berharap suatu hari nanti awak faham apa yang saya cuba katakan pada awak dan awak faham kenapa saya beralih arah dulu daripada awak.. Moga nanti awak boleh faham kekecewaan saya disebabkan apa....

Kepada mu Ya allah.. Tabahkan hati ku ini..

Ku berharap, Ku berdoa.....

Allahuakbar...


Friday, 19 July 2013

Huhu.. Sunyinyer suasana malam nie! Huarghh!!! Aku super duper kebosanan. Hikhikhik '-'

Topik malam hari :-

'Susah ke orang nak faham kite???'

Ce cakap, susah ke?

Kadang- kadang aku rase ianya sukar bg seorang kawan ku ini '-'

Salah ke kita kalau..

Kita cuba untuk berubah diri kita untuk jadi yang terbaik. At least bukan untuk dia sebenarnya tapi sebenarnya kita buat tu untuk diri kita sendiri dan kerana Allah. Kadang- kadang dapat ku merasakan yang orang sekeliling susah nak faham ape niat kita. Pendek cite, finger pointer! Bos aku punye peribahase 'hentak kaki'. Grrrrr..


Friday, 5 July 2013

RESIPI PUDING KASTARD

Yeayyy!! Malam tadi dek kerana rajin dan teringin sangat nak makan puding kastard, aku telah rajin dengan jayanya ke dapur..

Sebenarnya dah beli bahan-bahan buat puding ni daripada hari rabu lagi. Tapi tangan asyik ler berat je nak membuatnya. Tunda punyalah tunda, maka malam tadi rasminya buat jugak..

Resipi yang mudah dan senang :-

1 cawan Tepung Kastard
4 cawan Air
1 tin Susu Cair
Sedikit Gula
Esen Vanila
Buah- Buah campur dalam tin

Cara- Cara :
Tepung kastard bacuh dgn air dan masak atas api. kacau sampai la pekat dan kuningnya jernih.
Kalau x nanti rasa xbest.
Than, panaskan susu cair, esen vanila dgn sedikit gula (agak 1-2 sudu sebab air gula buah nanti buat kuah ni lagi manis).
Agak- agak dah mendidih/panas, masukkan buah- buahan campuran.

Nasihat :
Kalau masukkan buah- buahan dalam tin yang mengandungi buah yang tajam airnya, masuklah ia apabila susu sudah suam. Ia bagi menggelakkan susu terasing dan kuah anda berketul-ketul.
Kalau masukkan kuning telur pun boleh bagi memekat dan mencantikkan lagi kuah puding ini.

Sekian, mudah kan?

Taraaaa!!! Dah siap!




Saturday, 6 July 2013

Hari ini sabtu, hari yang mendung dan tenang saja.
Rakan serumah balik sebab beliau bertunang, hanya aku yang kesepian dirumah.
Oleh kerana perut lapar dan kemalasan untuk keluar rumah, maka lauk hari ini adalah hasil-hasil tinggalan apa yang ada dalam peti sejuk dan ruang kering dapur rumah aku.

Jeng .. jeng...

Telur masak sambal dengan kentang goreng dan sayur kobis goreng!




Simplekan hidangan bujang saya? tengok, alas pun pakai surat khabar je.. haha... Jom makan! jemput makan ye ^_^

Ingatan Teman Lama

Malam yang hening.. Seketika teringat akan teman lama. Kenalan yang terputus hubungan... Tidak tahu jika harus aku tinggalkan sedikit nota t...