Wednesday, 20 November 2013

Interview C27 Penolong Pegawai Penyediaan Makanan

Lame kan penulis tak update? Sibuk dan batasan waktu tu selalu je terbatas. Hihi. Pada 10-9-2013, detik tu, jam 10am. Aku telah menghadiri temuduga gred ni dan jawatan ni. Sebenarnye, masuk ni, kali ke 3 pergi menghadapi temuduga jawatan ni. Sebelum ni tak lepas mungkin sebab aku tak cukup berpengalaman.

Ok, lg 5 orang turn aku plak. Zikir dan selamat berulang- ulang dah aku bace. Dup dap dup dap! Huh! Sesekali tu ulang bace note- note yang aku bawa daripada umah. Biase soalan mesti berkisar pasal pengurusan bahan masakan kt dapur. Contoh macam cara penyimpanan barang makanan, sejuk, kering, basah, lembab. Suhu- suhu yang tentang makanan, kebersihan and macam- macam lg. Tapi most of the soalan lebih banyak pada istilah- istilah emputih dalam pemakanan ni. As example, HACCP, GMP, TYPHOID, ETC. Pasal- pasal bakteria tu pun jangan lupe bace. Tak sikit banyak pun mesti kua. Kalau yang masih ingat tentang law dalam bidang pengendalian makanan ni lagi la bgus! Ade yang kene tanye macam aku. Hehe..
Now is my turn, masuk- masuk je trus daoat greeting dpd dato penemuduga tu. Die senyum dan sambut aku dengan baik sekali. Dek kerna die awal- awal dah greeting aku, jadi boleh dikatakan sesi temuduga aku jadi half formal. Suke aku sebab gelak and ketawe je. Tapi jangan over tau! Cara interview macam nie lg bahaya ye. Dorg bole treat your personality directly and closely.
Antara soalan aku kene jawap is: dalam akta makanan, apa perkara perlu ade sebelum melayakkan seseorang itu layak dipanggil pengendali makanan? Jawapannya latihan pengendali makanan dan suntikan typhoid. Ngee ^*^*^!!. Kedua, sistem amalan kebersihan yang selaku diamalkan.  Jawapannya haruslah Haccp. Lagi 3 soalan tu dalam bentuk situasi. Apakah yang perlu kite buat kalau staf bawahan kita tak buat kerja seperti yang tercatit dalam SOP, ape yang anda rase perlu ade penambahbaikan jika anda orang yang bertangungjawab menyediakan hidangan pesakit, ape kriteria yang awak ade berbanding calon lain.

Wednesday, 2 October 2013

Start Berblog untuk Grantish MindCraft

Grantish Mindcraft ^_^
  • Hasil titik peluh saya.
  • Hasil kerja tangan saya.
  • Kecintaan saya dan minat saya terhadap kerja-kerja seni.
  • Ilham dan titik mula tertubuhnya Grantish MindCraft selepas gatal tangan buat dairi book untuk kegunaan sendiri.
  • Mula post dairi itu, terus dapat tempahan daripada bakal pengantin yg comel molek Cik Azwa. Directly request A3 size. Masa tu dengan yakin dan mahukan deligasi ini berkembang, i just said "yes! i can do it for you!" but in mind "A3 tu besar la. Macamana nak buat? ...-__-
  • Than, keesokkan harinya, after beli barang. Malam, dok kerjakan guestbook ni. Sampai satu saat!... "Hish, lebih cost nieh!???##_$4*.... Tapi niat dalam hati.. "Jika ini dikatakan pengorbanan, aku harus pejam mata dan teruskan".. Alhamdullilah, berjaya! Nah Cik Azwa.. Die cakap cantik sangat-sangat dan ucap terima kasih banyak kali. Aku? I am happy babe!.. This is what we call value!..satisfy sangat.
  • Than order from sepupu aku, Puan Abby, owner Aifa Car Wash, Batu Beredam Melaka. Thanks ya sepupu
  • Lepas 3 minggu, Cik Azwa datang balik. "Kak, boleh buatkan korsaj x?" .. Dalam hati..'Ape bende korsaj nieh? Siap google apekah itu. Owh! Korsaj ialah bunga atau perhiasaan yang dipakai oleh ahli keluarga/kendarat yang membantu pada majlis kita itu nanti. Hurm, baru tahu.. Alaa, kalau aku panggil 'bunga yang letak duit kat bahu je'...hihi.
  • Walaupun tak pernah buat, tetapi aku tetap cakap lagi sekali "Yes, Sis boleh buatkan!". Erk, macam biaselah, masalah costing. explained kat Azwa, than she faham. Dia tetap place order jugak sebab katanya hasil kerja tangan saya cukup menarik bagi dia.
  • Itu serba sikit kisahnya. Dan sehingga sekarang, makin meningkat like di facebook dan alhamdulillah, order pun makin masyuk.
  • Harapan : Dapat kembangkan lagi perniagaan ni. Insyallah, aku akan dapat jadi pengeluar doorgift terbaik di Malaysia. AMinn..! 
  • Trademark : Jangan mudah mengalah. 
  • Halangan : Desakan ekonomi negara yang makin terdesak dengan kenaikan taraf hidup membuatkan diriku meronta untuk merubah pendapatan keluarga dan keluar ke tahap zon selesa. Jika bukan keselesaan itu hadir melalui sekeping kertas daripada U, tapi mungkin ia datang daripada akal dan tenaga yang diberikan oleh ALLAH. Apa-apa pun, berdoa dan pinta pada ALLAH. Dia penentu segalanya.
  • SEMOGA KU BERJAYA DAN IMPIAN DAPAT DIREALISASIKAN.
  • Amin =)
  • Terima kasih jugak kepada Keluarga, sedara-mara, dan kawan-kawan. =)
Banner Asal


Banner atas ikhsan Encik AmirBuzy, Suami Officemate saya. Terima kasih banyak-banyak


Seterusnya, perkongsian produk hasil kerja tangan saya =)

Bubye.. Love with Love ^_^

Saturday, 31 August 2013

Kebahagian Yang Sementara


Hari ini, bangun pagi tenang
Suasana nyaman
Hatiku redup
Dasar aku sunyi

Aku bongkah
Pergi mencari cinta yang hilang
Aku kaku
Tidak dipedulikan

Kenyataan bagai sukar diterima
Lari jauh dari hakikat
Aku rapuh
Tidak terdaya menahan

Berhenti seketika
Melihat akan hakikat diri
Terasa ingin mengakhirinya
Tak mahu aku laluinya lagi

Pergi jauh
Tapi ke mana
Balik ke sangkar
Dengan membawa duka lara

Satu penyelesaian dipinta
Gaduh dan bersengketa
Tidak tahu ape puncanya
Samar juga pada kebenaran yang sebenarnya

Aku lembutkan hati
Terima kerna aku tahu diriku
Malam yang indah dilalui
Sekali lagi tercipta kenangan

Tiba saja terlena dari buaian
Bermula semula episod kehilangan
Aku harus pasrah
Sedang dia bersama yang lain

Begini sebenarnya harus diterima
Realiti kehilangan
Terasa perit
Sakit amat dalam

Ya Allah bantui aku
Aku lemah
Hadirkan aku pemilik yang sejati
Agar aku tidak tersakiti lagi


#Tabahkan Hatiku ~

Tuesday, 20 August 2013

Persoalan Kenapa



"Kenapa perlu cantik?
Biar saja asal asli"

"Kenapa perlu jenama?
Biar saja asal boleh pakai"

"Kenapa degil juga kamu memboros?
Biar saja asal kamu tahu kamu kesempitan"

"Kenapa perlu hiporkrit?
Biar saja asal dirimu itu sebenarnya"

"Kenapa perlu hati manusia?
Biar saja asal kamu memang peroleh lagi Agong"

"Kenapa perlu bersedih?
Biar saja asal kamu bukan selamanya sendirian"

"Kenapa kamu kata tidak?
Biar saja asal kamu tahu sememangnya kamu boleh"

"Kenapa kamu kesah?
Biar saja asal kamu tidak merasa menyusahkan"

"Kenapa perlu menangguhkan?
Biar saja asal kamu tahu perlu buat juga akhirnya"

"Kenapa kamu angkuh?
Biar saja asal kamu tahu angkuh mu hanya sementara aja"

"Kenapa kamu berpaling?
Biar saja asal kamu tahu Dia hanya yang satu"

"Kenapa perlu dipersoal takdir mu?
Biar saja asal kamu tahu ia memang ketetapan Esa"

"Kenapa aku menaip ini?
Biar saja asalkan apa yang terlintas diluahkan!"

:) :)

Situasi:
Petang, hening, sejuk aircond, office, bersama mereka, kawan.

Sekian

Saturday, 17 August 2013

MUAR : Zin Satay House!

Ini kali pertama jejak kaki restoran ni. Dekat lebuhraya Amj, trafik light simpat 4. Kiri menghala ke yong peng dan sebelah kanan menghala ke bandar muar. Yang pasti, de masjid baru warna biru as a landmark.

Sedap dan boleh consider as a boleh tahan. Akan tetapi, nipis sikit. Jadi kalau terlebih bakar jadi keras. Rasa dah ngam sebagai ciri- ciri satay famous muar. Kuah kacangnya amat bagus dari segi tekstur sebab menggunakan kacang yang kasar- kasar. Tapi harap maaf, anda mungkin patah semangat dengan kualiti kuah kacangnya. Aduh! Cair la plak. Asal celup satay je, yang tersalut pada satay tu hanyalah kuah cair. Kacang- kacang tu tak done nak bertakhta pada daging! Huhu..

But, nice try if you want!

Peace!!!




Erk!! Aduh! Silap sudah...

Hello, assalammualaikum. Boleh bercakap dengan cik yati?

Me: 'glurppp' aduh, muncul plak die '-'

Ye saya,

Maaflah tak dapat nak angkat call awk dan balas mesej awk. Saya betul- betul minta maaf. Ceritanya begini, bla bla bla..

Okay okay, terpulangla nak buat apa- apa pun. Itu hak awak. Saya malas la nak amik tahu. Nak tipon, tipon la. Tak nak sudah.

Aku senyap. Dalam hati 'ish, baru je aritu berfeeling sedih, hari ni dia muncul plak'. Dan sambung lagi berkata 'oo, kalau dia boleh plak dah berlaku kemudian cakap tak pe. Kalau aku, sure dah kena peluru tak de mate. Huh! Bisik dalam ku dengan angkuh. Kononnya simbolik kepada marah.

1 je sy nak, petang nanti jumpa sebab nak bagi barang. Tu je. Tak payah bagi pape keterangan. Sy tak kuase nak dengar.

Petang,

Nah, amik ni, nanti jangan lupe makan. Pastu jangan lupe pulang balik bekas. Nanti mak saya bising plak.

Awk ni kenape? Mengelabah je. Mesti ade sesuatu ni.

Erm, mane ade! Sy okay je. (aiceh!, tapi dalam hati nak nanges tu, hati tu nak je mengadu kene tinggal aritu tanpa ape- ape berita. '-'. Hikhik #_#)

Sesi luahan hati sebentar dua mentar.
Maaf ler privacy, baik kita kongsi, buruk kasi tutup rapat- rapat. Peace!! ^,^


Lepas tu, balik memasing nages.

Dan malam tu, luahan perasaan melalui mesej sampai kesudah esoknya aku bangun lambat!

@_@ homegotttt!!!

Mate bengkak nages @_@


Moral: walaupun dah niat untuk berubah, mesti berubah jugak. Jangan sebab kemunculan semula boleh mengugat pegangan kita.

Oh, sekian. Akhirnya dia muncul jugak.

Tuesday, 13 August 2013

Akhirnya ku relakan

Assalammualaikum, ye. Nape awak call tadi?

Sibuk sangat ke sampai nak angkat tipon?!!
Sampai sekarang baru nak tipon?!!
"lantas dengan kasar die menjawap panggilan"

Aku.. 'maaflah tgh leka kat dapur sb.. Tut tut tut...hello hello... ' talian sudah dimatikan

Senyap, sunyi, sayu dan sedih..

Dalam hati berkata 'tak mengapalah, mungkin ini caranya dan mungkin ini penyudahnya'

Sebelum balik,
uish, byk plak makanan dibekal. Nak bagi sape ni? Pikir pikir tak lepas. Ermm, biala tak payah bawa. Tapi makanan, bawa jela.

Ambil phone dengan tabah hati menaip 'saya tunggu awak untuk hantar barang, dalam jam 11 saya sampai, tunggu kat depan ye'

Dengan hemah membawa kereta,
Ish, tak balas pun. Type new message, 'boleh tak nak jumpe? At least dapat jumpe sekejap pun jadi la, maafla lewat sebab saya daripada muar ni'


Di RnR Dengkil
NgantukNya ya Allah, lagi sikit nak sampai tapi mesej masih tak dibalas ni

'voicemail, voicemail and voicemail'

Type message : 'Sekurang2nya dapat jumpa sekejap untuk bagi apa yang saya bawa, tu je. Mungkin yang terakhir daripada saya'

Signbord, bandar saujana putra, I have to choose this way finally.

Turun kereta, ermm, bawa naik jela barang- barang ni. Nasibla rezeki sape.

Dikeheningan malam, dalam lubuk hati "berharap sangat dapat bagi die biskut kacang ni.." Mak abah mesti tanya nanti. Mana tahu kan kalau ini kuih yang dimaksudkan daripada arwah ibunya. Pejam mata, tatkala hati merasakan banyak rasa.

Kesudahan : biarlah dia mahu menghilang ke mana pun dia mahu, aku sudah tidak mampu lagi memikul, biarlah dirimu mencari kesempurnaan yang engkau mahukan. Aku memang tidak sempurna bagi kau, setiap inci ada sahaja salah ku dimatamu.

'VOicemail lagi.. Mungkin dia sudah punya talian baru yang lagi menyenangkan. Pejam mata, mengeluh sedikit, teruskan jalan.

Demi kebaikan masa depan, harus tabah dan redha dengan semua ini.


Allah..

Sunday, 28 July 2013

Ianya hanya sebuah kenangan



Sungguh manis senyuman itu
Lahiriah si pemilik hati
Dulunya kepunyaan ku
Namun kini ia tidak lagi

Gelak tawa hirik pekik
Senantiasa membuat pemerhati senang dengannya
Sungguh tertarik walaupun cuba diselindungi
Itulah dia si pemilik kenangan lalu

Sungguh ku tersenyum
Sungguh hati ku tertawa
Gelagat yang mudah mengusik jiwa
Ingatan lalu menjadi segar semula

Hadirmu ku sambut
Pergimu ku relakan
Agar tiada sengketa
Itulah tujuannya

Tiada apa bisa ku katakan
Cukuplah hanya sepalit sebuah senyuman
Dari diri yang pernah ku kecewakan
Agar ku mengerti dirimu kini sudah merasakan



By:
kasih melati

Thursday, 25 July 2013

Susah Hendak Diungkap, Apa tah lagi Melafazkannya

Suasana tenang di office...

25/7/2013
3.38pm

Ya Allah, apakah yang telah engkau aturkan untuk ku?
Ya Allah, aku sebenarnya tidak tabah hendak menghadapi ujian Mu ini.. Ya allah...

=((

Hari ini, rasa semangat untuk pergi kerja. Semalam MC, seharian aku terlantar kesakitan sengugut yang menyerangku. Tidak pernah pula terjadi macam ni.

Sedang aku melakukan aktivit sosial ku ini meja kerja ni, tergerak hati hendak terjah facebook dia.
Walaupun facebook kami masing- masing tak link sebagai friend tetapi aku masih boleh tengok wall post dia. Aku teringatkan post yang selalu dia share di wall Fb nye. Lalu aku google la semula Fb dia untuk tengok semula post- post tu.

Tiba2???

EH? Kenapa aku tak boleh ekses langsung Fb dia nieh? Cuba lagi lah!
EH? Tak boleh jugak lah!

Ermm.. japlah, aku guna secondary Fb. EH? Boleh je???

Try log in balik Fb asal, HAAA?? Tak boleh la.....

AKu di block kah?

Ya Allah, sabar saje lah.. Hati aku menyirap nak marah tetapi ape daya, aku dah cukup letih dengan semua bende ni. Ya allah, yati.. sabar ye.. jangan marah.. sabar banyak2.

Mulakan langkah berjaga- jaga. Mula bersedia untuk apa- apa pun yang mungkin terjadi antara kau dengan dia. Untuk sekali lagi.

Kadang- kadang tu aku terfikir.......

Sebenarnya dimana kedudukan untuk aku.. Dia mengatakan begini begitu, walhal lain la pula apa yang terjadi.Memang aku akui dia selalu bersama ku tetapi... yang nyata ni? sape boleh jawabkan dengan kebenaran yang sebenarnya benar? Aku sebenarnya kecewa... kecewa sangat.. ya..allah..

Yang terbaru, aku dapat tahu perempuan tu post di wall Fbnye. Aku tak nak gaduh, aku tanya baik- baik. Katanya dia tak tahu macamana dia boleh jadi macam tu. Aku bertanya lagi "bukankah awak pernah bagitahu saya yang awak tak de dah kongsi password dengan dia?, jadi macam mana dia boleh guna Fb awk pulak?". Jawabnya "Ade la kot dia dapat godeh nie!".. Dalam hatiku "Macam-macam". Lantas aku membalas kata- kata dia "Tak kan la boleh godeh senang- senang je, sungguh pun tukar password tak kan la dia boleh tahu melainkan awak tukar kemudian awak kasi balik. Janganla cakap tu macam orang kat sebelah awak ni bodoh tahap babun...".. dan dia... terdiam seribu. Dia cuba memujuk dengan ungkapan ayat manis lelaki. Aku diam dan aku pendam... Tak pe, sabar dulu.

Dan hari ni? Terjadi lagi.. Kali ini aku di block untuk tengok FB die.. Jadi apakah?

Ya Allah.. Kalau ikut dendam, mahu saje aku berdendam dalam hati ni...

Sabar Yati. Jaga diri kau dan banyakkan bersabar.

Buat diri kau seperti mutiara. Biar kan la dia merasakan senang- senangnya sekarang.

Bukan niat untuk membalas dendam tetapi aku hanya pasrah dan redha atas apa yang berlaku sekarang ni.
Aku kene kuat..

Aku kene Kuat!

Dalam hati "Mahu aku menangis dan menitikkan air mata lagi sekali ini.. Susah nak cakap, petah lagi nak kata. Mengapa kalau betul- betul sayang buat la cara sepatutnya. Janganla buat hati ni terluka sekali lagi sepertimana yang berlaku dulu. Salah ke kalau betul- betul hendakkan orang tu, kita jangan simpan lagi orang lain, walaupun tujuan awak hanya nak akhirkan hubungan sebelum dengan cara yang baik. Awak simpan dia lagi buat saya terluka tau tak. Dahlah awk friend dengan dia, password awk kongsi dengan dia, update dengan dia, gambar- gambar semua. Dan saya? Dan saya yang awak kata yang sangat sayang nie untuk melihat semua yang berlaku dengan tak ada keadilan pada saya pun..."

Tapi apa guna jika saya cakap pada awk... Awak tak akan faham. Pada awk, kesalahan saya masa lalu lagi berat dengan apa yang awak buat sekarang. Sebab tu awak tak ada nak kesah pun perasaan saya ni. Selamanya awak tak akan kesah dan amik peduli pun. Pesan saya, tolong la jangan samakan hal sekarang dengan yang dulu atau keadaan yang sama akan berulang kembali.

Saya pohon, Saya minta dan berharap suatu hari nanti awak faham apa yang saya cuba katakan pada awak dan awak faham kenapa saya beralih arah dulu daripada awak.. Moga nanti awak boleh faham kekecewaan saya disebabkan apa....

Kepada mu Ya allah.. Tabahkan hati ku ini..

Ku berharap, Ku berdoa.....

Allahuakbar...


Friday, 19 July 2013

Huhu.. Sunyinyer suasana malam nie! Huarghh!!! Aku super duper kebosanan. Hikhikhik '-'

Topik malam hari :-

'Susah ke orang nak faham kite???'

Ce cakap, susah ke?

Kadang- kadang aku rase ianya sukar bg seorang kawan ku ini '-'

Salah ke kita kalau..

Kita cuba untuk berubah diri kita untuk jadi yang terbaik. At least bukan untuk dia sebenarnya tapi sebenarnya kita buat tu untuk diri kita sendiri dan kerana Allah. Kadang- kadang dapat ku merasakan yang orang sekeliling susah nak faham ape niat kita. Pendek cite, finger pointer! Bos aku punye peribahase 'hentak kaki'. Grrrrr..


Friday, 5 July 2013

RESIPI PUDING KASTARD

Yeayyy!! Malam tadi dek kerana rajin dan teringin sangat nak makan puding kastard, aku telah rajin dengan jayanya ke dapur..

Sebenarnya dah beli bahan-bahan buat puding ni daripada hari rabu lagi. Tapi tangan asyik ler berat je nak membuatnya. Tunda punyalah tunda, maka malam tadi rasminya buat jugak..

Resipi yang mudah dan senang :-

1 cawan Tepung Kastard
4 cawan Air
1 tin Susu Cair
Sedikit Gula
Esen Vanila
Buah- Buah campur dalam tin

Cara- Cara :
Tepung kastard bacuh dgn air dan masak atas api. kacau sampai la pekat dan kuningnya jernih.
Kalau x nanti rasa xbest.
Than, panaskan susu cair, esen vanila dgn sedikit gula (agak 1-2 sudu sebab air gula buah nanti buat kuah ni lagi manis).
Agak- agak dah mendidih/panas, masukkan buah- buahan campuran.

Nasihat :
Kalau masukkan buah- buahan dalam tin yang mengandungi buah yang tajam airnya, masuklah ia apabila susu sudah suam. Ia bagi menggelakkan susu terasing dan kuah anda berketul-ketul.
Kalau masukkan kuning telur pun boleh bagi memekat dan mencantikkan lagi kuah puding ini.

Sekian, mudah kan?

Taraaaa!!! Dah siap!




Saturday, 6 July 2013

Hari ini sabtu, hari yang mendung dan tenang saja.
Rakan serumah balik sebab beliau bertunang, hanya aku yang kesepian dirumah.
Oleh kerana perut lapar dan kemalasan untuk keluar rumah, maka lauk hari ini adalah hasil-hasil tinggalan apa yang ada dalam peti sejuk dan ruang kering dapur rumah aku.

Jeng .. jeng...

Telur masak sambal dengan kentang goreng dan sayur kobis goreng!




Simplekan hidangan bujang saya? tengok, alas pun pakai surat khabar je.. haha... Jom makan! jemput makan ye ^_^

Wednesday, 8 May 2013

Mudahnya tanggapan orang pada kita

Yeahh!! Permulaan Buku Baru

Hari itu adalah hari baru buat ku dan dia...

yeahhh!!! Gembira kan? Tapi persoalannya hati sendiri saja yang tahu -_-

6 May 2013

Z : Kenapa nak sayang saya lagi? kenapa dah tahu saya macamni masih mahukan saya lagi? kenapa itu...    kenapa ini... kenapa tu
Z : Tak takut ke?
Me : Diam je sepanjang perjalanan... -_-
Me : Ini kali saya redha..jawabku.

Bertelingkah, bercanggah pendapat, menangis.. semuanya terjadi.

Me : Ini kali saya berubah! Saya sedar siapa awak. Apa yang terjadi ada hikmahnya. Saya sedar.
(Dalam Hati : Maaf la awak, saya sebenarnya alpa, egois, angkuh, sombong dengan kurniaan awak disisi saya suatu masa dulu. Disebabkan egois jugaklah saya mensia-siakan awak. Saya fikir, saya mudah mendapatkan orang lain jika tidak punya awak. Tapi, semua tak sama macam awak.

Apa yang saya rasa tentang awak :
1) Tak kesah asalkan saya suka
2) Kelakar untuk buat saya selalu ketawa dan muke merah
3) Suka manja disebabkan saya satu-satunya wanita disisi awak selepas arwah mak awak.
4) Disebabkan awak sayang saya, awak sanggup dimarah, di dan di lagi oleh saya.
5) Awak old school sebab awak dan saya memang asal orang kampung.
6) Awak orang tua bagi saya yang selalu nak jaga saya sentiasa. Lambat mesej pun kene marah jugak, walaupun kadang - kadang lambat sebab kemas umah..grr...
7) Sangat cemburu. Lebih - lebih lagi berkenaan hubungan saya dan kawan - kawan disebabkan awak takut saya dirampas oleh orang lain mahupun hati saya meragut hati orang lain. Yelah, awak kan orang tua, itulah satu-satunya, tak nak orang lain usik.
8) Kalau kene tinggal, awak sangat gelisah tak tentu pasal. Bagaikan anak kecil ditinggal emaknye! Susah tau awak saya nak bergerak. Tak kan nak letak awak dalam poket saya plak. Awak besar, poket saya kecik je.
9)
10) Err, kalau boleh nak taip sampai berjuta lemon, tapi cukup2 la. Nanti cite lain. *n*

Dan sebenarnya, setiap orang punya kelebihan dan kekurangan mereka masing - masing. Bila dah tak de baru rase lain. petah lagi tahap menyesal.



Friday, 3 May 2013

Dan kebenarannya...

Huhuhuhu........

Erm, gelak kah, Senyum kah... Sedihkah

Ntahla, beribu macam perasaan ade nie...

huuurrrmmm....mengeluh nafas panjang - panjang....

Dan hakikat yang perlu kita terima ialah sedia terima insan yang menyayangi diri kita daripada kita berusaha mendapatkan insan yang kita suka.

Menyayangi kita = Dia akan meletakkan sepenuh hatinya kepada kita. Dengan apa jua daya dan rintangan yang ada menghalang, sedayanya dia akan cuba hadapi walaupun dirinya itu merasai amat keperitan yang dia perlu lalui.

Kita suka = Dasarnya ibarat pepatah yang sama namun punya perihal persiratan yang amat berbeza. Kita suka, pembalikkan ayat ini daripada menyayangi kita. Cuma "kita" terletak di depan mahupun di belakang sahaja. Kita di hadapan, maksudnya walau apa pun, kita terdahulu perlu mengusahakannnya. Betulkan? Kalau kita sukakannya, lazimnya langkah pertama kita akan berusaha untuk mendapatkan perhatiannya. hahaha.. itulah kebiasaannya... Terlalu pula adakalanya mengundang kecewa... -_-

Untuk hari ini, kebenaran sudah terjelas... Maka, rawat hati dan mulakan langkah baru.

Untuk diriku, si dia sebenarnya amat sayangkan kamu. Dia cuba dan terus mencuba untuk mendapatkan aku. Dia dicaci, dihina, dimarah, ditengking..namun dia tetap terima diriku.
Dirinya hampir separuh gila bila aku pergi kepada yang lain..
Rupanya bagai hilang hala tuju.. Kesian aku melihat dia.. menitik air mata ku melihatnya waktu itu. Kejamnya diriku memperlakukan dirinya sebegitu hanya untuk kepentingan diriku.. Ya Allah.. Selalulah lindungi dirinya.
Aku Sayang Kan Dia...

Aku juga harap, satu hari nanti dia dapat melihat warkah ku ini.. Aku mahu dia bangga punya diriku, aku mahu dia tahu yang aku amat menghargai dirinya...

Terima kasih atas kurniaannya menghadirkan insan ini untuk diriku..

Jangan kejar bayang - bayang, adalah lagi baik kejar objek yang benar!

^_^

Selamat Mengundi Semua.

Catitan Ikhlas. Kasihmelati


Monday, 29 April 2013

Hari Ini

Tanggal 29 April 2013

Semestinya hari ini pastinya menjadi kenangan di masa hadapan. Semuanya bakal terlebur bersama angan - angan yang aku idamkan. Langit tidak selalunya cerah, adakalanya cerah, adakalanya malap. Begitu jugalah dengan hari - hariku. Bagaimana harus ku berdepan dengan semua ini.. Ya Allah, permudahkanlah jalan bagiku. Aku tidak tahu apakah yang telah Engkau tetapkan untuk ku disana. Tetapi aku disini meniti hari, menerjah waktu untuk merungkai ketetapan untuk ku. Namun, makin kuat dugaan yang Engkau berikan. Tidak sanggup rasanya hati ini untuk berhadapan dengan segala kemungkinan lagi. Semahunya waktu ini aku hentikan. Cukuplah sampai disini sahaja yang termampu aku hadapi. Aku tidak kuat seperti yang Engkau sangkakan. Aku lemah Ya Allah....

Permudahkanlah ia...

Aku tidak tahu apa yang akan terjadi untuk esok - esok hari. Aku hanya mampu berserah dan redha dengan apa sahaja yang telah Engkau tentukan untuk ku Ya Allah.

Aku tahu aku tidak kuat, aku juga tidak tahu bagaimana keadaan diriku nanti, tapi aku tetap bersedia untuk menghadapi setiap kesakitan dan kedukaan yang ditentukan ini.

Aku bukan miliknya lagi...


Friday, 26 April 2013

~keIndaHan~




`tak pernah ku terlintas angan-angan ini kan berlaku,
pada diri ku insan yang tidak punya apa-apa,

mimpikah aku? gelak ku sendiri pd diri yg meragu,

hati kecilku berlagu riang menghadirkan sekuntum senyuman,
senyuman yg membuatkan si pemerhati senang dengannya,

terima kasih ku ucapkan pada DIA yang punya kuasa,


betullah tafsiran ku setiap kekaburan akan ada sinarnya yg pasti,
cume yang pasti..setiap nikmat yg dimiliki tidak selamanya berpihak pd yg 1,

keindahan dlu yg dmiliki kini hanya tinggal memori yg terkoma,

ntah bila akan ada penyudahnya atau sememangnya itu kesudahnnya,
blm sempat ku berterima, blm sempat ku memberi, blm sempat ku mengucapknnya,
debu-debu badai melabuhkan grafiknya sementara aku dlm pencarian,


betullah kata bicara.. hadirnya sesuatu itu hanyalah sekadar pinjaman,

hargai lah ia sementara ia milikmu, lepaskanlah ia setelah ia bukan menjadi hak mu,
kehadiran..pemergian...haruslah ia disambut dengan hati yg redha,

lapangkanlah dada dan minda mu sedaya mungkin,

kerna hati yg ikhlas itu akan memberi keindahan dalam hidupmu,
cuba lah lihat ke dasar alam ciptaan-Nya yang meluas indah,
siapakan tahu disitunya terdapat sejuta transkrip jawapan kpd persoalan,
moga diri mu dapat merasai lagi nikmat yg hakiki milik-nya,
ku berharap..ku berusaha..dan..ku berdoa..`


Created by : Kasih Melati
Date : Monday, 8 February 2010
Publish : https://www.facebook.com/notes/norhayati-grantish/keindahan/461057949224

Keriangan Warna Kehidupan

Kebahagian, Keriangan, Oh! Gembiralah Wahai Hati...

Tarikh : 26 April 2013
Waktu : 2.31pm
Tempat : Meja Kerjaku
Motif : Alang - alang menyelok pekesam =)

Tatkala hati merasakan akan tiada kesudahan terhadap sesuatu penantian, tatkala hati merasakan akan beratnya beban dugaan yang diberikan, tatkala kesunyian yang cuba diceburi, 
pastinya hati kecil mengharapkan kebahagian yang tidak terkira gemilangnya. 
Hurmm.. alangkah indahnya jika hidup ini sentiasa disulami dengan keriangan, gelak - tawa, gurau - senda, pastinya indah! 
Impian yang didambakan bagaikan seorang puteri dengan ria dan tawanya berlari - lari anak menyatakan keriangannya,
bersematkan bunga dicelahan rambutnya,
memakaikan gaun kembangan bertemakan bunga floral roses,
bersepatukan kasut barbie English style,
sambil memangku gaun kembangnya,
berlari dengan tawa keriangan yang tidak terhingga..


Itu hanyalah ungkapan keriangan bagi menyatakan kehendak di hati. Apakan daya, dunia realiti dan fantasi adalah sesuatu yang amat berbeza untuk dipadankan.

Pergilah wahai kesedihan.... 

Kehidupan bukan sesuatu yang perlu dinikmati dengan kedukaan, tetapi kehidupan haruslah disulami dengan kebahagian.


Dan,

Datanglah gembira itu..

Siapa yang tidak mahu bahagia? gembira?
Semua orang inginkan!
Namun, realiti kehidupan amatlah berbeza bagi setiap orang. Janganlah kita berputus asa, ruang itu pastikan ada untuk kita jua. Jangan lah kamu mudah mengalah.
Walau sesedih manapun kamu, sedalam mana duka hatimu,
cuba rawatinya.. 
Ingatlah! Setiap apa yang kamu rasa dalam hidupmu.. Itu hanyalah sementara untuk menguji kekuatan mu sahaja. 
Jagalah dan rawatlah dirimu sebaik mungkin kerna kamu perlu ingat. Seteruk mana dugaan yang diberikan oleh -Nya, Sedalam itu jualah besarnya kasih sayang-Nya pada dirimu..
Satu pesan ku, setiap apa yang berlaku.. REDHA kan la dalam hati mu,
Pasti kamu akan merasa ketenangannya......




Lihat ini :-

Petua ini, saya google. Okay, thank you Mr. Google!! ^_~



Mencuba tidak salahkan ?
Mana tahu, esok lusa kita boleh lari keriangan macam ini?



Ingat!!! Fokus kepada ?


Mudah je! Selalu la buat macam nieh!
S.M.I.L.E
 
Motivation :-


SEKIAN TERIMA KASIH






Tuesday, 16 April 2013

Masihkah ada ruang kebahagian?

Hari-hari yang berlalu sekarang umpama kosong buatku,
sepi, sunyi.. Itulah hakikat sebenar yang berlaku,
tiada siapa yang faham dan mengerti apa yang aku alami sekarang,
Walaupun di luar sana melontar bermacam tona bunyi,
Tapi apa yang difikiran ku hanyalah kosong.

Ya Allah, sunyi sepi ku rasa!

Aku ke nie?

Tidak! Bukan aku!

Aku orangnya gembira dan ceria
seorang yang suka ketawa dan bergurau
seorang yang sukakan keriangan dan gelak tawa,

Kenapa ni.. Rintih diri ku :(

'atie sekarang dah lain, tak macam dulu. Kalau dulu kite telifon die rajin berbual, gurau-gurau, ketawa. Tapi sekarang lain, kite tanya sepatah, sepatah die jawab. Cakap pun macan nak tak nak. Nape tah..' rintih si emak tatkala mahu meletakkan telefonnya


Maafkan diriku, semua yang berlaku benar-benar meresahkan diri ini..

Aku tidak mampu untuk berfikir

Ya allah, ku mohon, apa pun yang engkau telah tentukan ini, berikanlah aku kekuatan.

Amin..


Wednesday, 10 April 2013

~Kekaburan YAng Nyata~

`Sepi malam mengundang lagi hari ini...
dalam kegelapan terlihat akan persoalan
mengukir dan bermain di kotak pemikiran
dalam pergolakkan monolog masa lalu
hadirnya setiap sketsa rencah kehidupan
bersilih berganti paparan skrin takbir..
bersilih berganti watak-watak si pemujanga
berlakonnya ia akan tanpa henti
senada ia mengikut irama sang PenCipta
geraknya ia berhala tuju
hala tuju yang seakan di kaburi
kekaburan yang mehalang pandangan yang jelas
kerana yang mengarah itu hanya yg Esa
pentakbir agung yang pada Dia mengerti apa yang sedang Dia putarkan
meniti hari, berputaran waktu
kekaburan makin jelas akan nyatanya
terpancar jua cahayanya

apakah itu satu sabit yang nyata?
atau itu pekhabaran penyataan?
namun mengapa ada rabun atas kekaburannya?
sungguh kusut banyaknya pada persoalan
akan pertimbangan apakah pada jawapannya ini?
itulah ia penyembunyian dalam pensiratan
tiada kata-kata seindah jawapan dari sang Pencipta
bukakanlah hati dan pandanglah pada Dia
sesungguhnya jawapan itu adalah nyata
nyatanya ia seterang alam yg membentang luas
hanya pada yang Nur bisa mengertinya
apakah itu sinar disebalik kekaburan yang nyata`


Created by : Kasih Melati
Date : Monday, 8 February 2010
Publish : http://www.facebook.com/notes/norhayati-grantish/kekaburan-yang-nyata/332984129224

~Satu Jawapan~


`waktu ini sunyi, sepi, hanya diri dan si manja bersendirian,
di kala ini permainan wayang takbir mula menampakkan curangya,
di kala ini jua hati ini sekali lagi mula terduga akan kekaburan yg jelas hampir kelihatan,
dan di kala ini juga pembahagian yg perlu dipersembahkan perlu tulus seikhlas seadanya,

jari bergerak mengikut suruhan gerak hati kawalan minda,
di mana ia terhenti samalah ia hentinya petikan paparan ini,
sungguh jauh sudah perjalanan ini untuk di pusingkan semula,
mana mulanya, mane hentinya, masih jua tidak ditemukan,

walau waktu itu selalu menduga kesabaran hati dan akal,
penyalahan bukanlah cara mengurai kekaburan itu,
kekaburan menjadi kian nyata dalam realiti yg tidak disangkal,
namun noktah jawapannya masih dalam ilusi dibayangan itu,


Created by : Kasih Melati
Date : Monday, 11 January 2011

Saturday, 6 April 2013

~ Ketenangan

Date: 7 Apr 2013
Time: 2.27pm

Seperti tidak ku percaya, hujung minggu yang membosankan bagi diriku. Selama 2 hari stuck terperap di rumah. Argggh!!!

Fikiran jadi buntu, iye pun tidak, tidak pun tidak iye juga. Hurmmm..

Macam2 difikiran, merayau-rayau dalam kotak fikiran membentakkan satu kebebasan untuk bernafas.

Untuk pertama kali, bagaikan sukar membuat pilihan. Bagaikan putus asa jadinye. Ya allah, aku mohon padamu permudahkanlah perjalanan hidupku ini. Aku hanya ingin kebahagian darimu..


Thursday, 14 March 2013

Berhenti Sejenak ~

Hurm.. penat bekerja. Terhenti sejenak. Termenung memikirkan kisah lalu. Satu persatu ingatan silam keluar semula. Adakalanya aku rindu masa itu dan adakalanya aku terpaku. Entah mengapa jadinya begini. Aku terlalu jujur kah? Atau aku memang tidak pernah nampak kecurangan yang ada disekelilingku. Tarik nafas panjang - panjang dan menggeluh hebat sudah diriku.

Memaafkan, menerima semula sebenarnya bukan mudah bagi aku.

Saturday, 23 February 2013

Hari Baru

Alhamdullillah,masih diberi kesempatan hari ini merasa peluang dan nikmat hidup seorang insan. Begitu banyak duka semalam. Moga bermula hari ini kehidupan baru yang lebih bermakna. Sabarlah wahai hati kecil, dugaan yang datang hanya untuk menguji. Tenang dan redha, akan ada hikmah disebalik semua ini. Bermula hari ini, kehidupan baru buatmu. Yakin, kamu mampu berdiri dan bermula semula. Dekat diri pada tuhanmu, pasti perjalananmu dilindungi selalu..


Redha itu penting demi hidupku ini..

Ingatan Teman Lama

Malam yang hening.. Seketika teringat akan teman lama. Kenalan yang terputus hubungan... Tidak tahu jika harus aku tinggalkan sedikit nota t...